Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, November 30, 2018

Mangsa kejam tikus!

Rumah burung yang tidak mempunyai "belting" biasanya mudah terdedah dengan serangan tikus ,ular dan biawak. Ketiga tiga predator itu akan memanjat dinding bangunan sebelum masuk melalui lubang angin atau lubang burung masuk.
Gambar diatas adalah mangsa serangan tikus dan peristiwa ini memberi kesan negatif kepada burung walet yang lain. Salah satu kesan yang kurang baik
ialah perkembangan koloni dan sarang akan terbantut beberapa ketika selepas serangan di kawasan tertentu pada kayu sirip.
Pemasangan belting  adalah kaedah yang terbaik untuk menghalang serangan tikus dan dua lagi pemangsa licik.

Monday, November 26, 2018

Harga sarang bergantung...

Terdapat 5 perkara yang di nilai oleh pembeli sarang walet sebelum meletakkan harga bagi sesuatu sarang iaitu;
1. Warna Sarang
2. Kandungan air
3. Kandungan bulu
4. Bentuk/sudut
5. Saiz Sarang
Sarang yang akan memperolehi harga yang tinggi sekiranya;
i. Sarang Puti Beras
ii. Kandungan air kurang daripada 5%
iii. Bilangan bulu halus kurang         daripada 5 helai
iv. Bersudut 180°
 v. Saiz 3 jari Orang dewasa.
Sekiranya anda mempunyai ciri2 sarang di atas asing daripada yang lain dan sudah pasti anda ditawarkan dengan harga yang cukup lumaya.

Selamat memburu sarang Super A putih beras!.


Sunday, November 25, 2018

Adakah ini keajaiban MOROZOBU

Hampir 6 bulan saya mengikuti perkembangan rbw Tuan L di kelantan.
Setiap kali tuan L berjumpa dgn saya beliau agak kecewa dengan perkembangan rbw yang ke 3 beliau itu. Kegelisahan dan kerisauan Tuan L sangat berasas kerana sudah 6 bulan rbw beliau tanpa seculit najis walet. Ini bererti walet langsung tidak tidur di dalam rbw beliau.
Oleh kerana beliau sangat percaya dengan suara keluaran saya maka di cuba Morozobu King pada bulan ke 7. Respon walet agak bagus pada hari pertama, semakin bagus pada hari kedua dan sangat bagus pada hari ke 3, sehingga ada burung walet tidur berdekatan dengan tweeter LMb.
Keajiban ini sukar untuk dipercayai kerana rbw beliau tidak mempunyai apa apa kelebihan berbanding dengan saingan saingan terdekat.
Peristiwa ini merupakan sesuatu yang sangat berharga buat saya kerana hanya dengan suara Morozobu dapat mengubah keadaan yang sangat teruk kepada yang sangat bagus. 
Ikuti perkembangan rbw ini di Facebook wanzul swiftlet.




Wednesday, November 21, 2018

Musim hujan diluar kawalan petani walet.



Kedatangan musim terkujuh mengundang kerisauan kepada sesetengah petani walet kerana  terpaksa menerima "kehadiran" benda hidup yang tidak disukai iaitu Fungus pada papan sirip.
Kelembapan yang tinggi pada musim hujan ditambah pula dengan design rbw yang "buruk" ada faktor utama kpd permasalahan kayu sirip berfungus.
Pengurusan kelembapan yang baik dalam rbw dapat mengekang pertumbuhan kulat atau fungus pada papan sirip

Monday, November 19, 2018

Awas! Kulat membantut perkembangan koloni walet

Selama hampir 10 tahun saya terlibat dalam industry perladangan burung walet, permasalahan papan sirip berkulat juga turut sama mengiringi pengalaman saya. Beberapa perkara perlu diambil perhatian untuk mengelak jangkitan kulat pada papan sirip;
i.  Musim terkujuh/musim banjir
ii.  Penggunaan mesin kelembapan
iii.  Pengalaman dan kemahiran "Setting timer"
iv.   Air bertangkung di lantai

Empat faktor di atas boleh di sabitkan dengan kewujudan kulat pada papan sirip. 



Tuesday, November 13, 2018

Raptor sudah mendapat perhatian Petani walet

Gabungan raptor dan UlikMayang menjadi perhatian kepada Petani Walet sejak akhir2 ini. InsyaALLAH 2 suara ini bergabung akan membuah hasil yang menakjubkan.