Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Wednesday, February 16, 2011

Gaharu projek broker maut 2

Ada beberapa lagi persoalan spt, jenis inokulan yg diguna unt menghasilkan kayu minyak, contoh inokulant yang menggunakan chemical akan menghasil kayu minyak yg tidak laku dijual kerana pemborong minyak gaharu tidak berminat langsung dgn minyak yg mengandungi bahan kimia. persoalan seterusnya harga teras, penetapan harga sangat subjective, harga ini sebenar di tentukan oleh broker maut kerana mereka saja yg arif ttg harga dan cara unt menjual balik kepada pemborong, sekiranya anda or petani mempunyai teras sangat sangat belum tentu lagi mereka dapat bertemu dgn buyer  tulen bagi membuat urusan jualbeli pada harga yg sepatutnya. kebiasaanya broker maut ini akan sembelih hidup hidup segala urusan perniagaan diantara mereka dengan petani.  Saya mempunyai 20 batang pokok depu hutan berbagai saiz drp min 20 inci hingga 2 pemeluk yg masih belum diinokulan ( anggaran kos inokulan minima rm 20,000 oleh brokermaut  ) sehingga ke saat ini kerana masih belum jumpa  dengan BROKER BUKAN MAUT untuk saya berurusniaga dengan mereka.  berita2 yg anda dengar, 1 ekar boleh jadi jutawan adalah permainan kata2 indah broker maut unt menjual produk mereka semata mata, hari ini dan seterus akan menjadi saksi bahawa 1 ekar boleh jadi tak ketahuan kepada pemilik ladang gaharu.

Gaharu projek broker maut

tAskum. Hampir 1 tahun perjalanan dan pengembaran merentasi sejuta rintangan,pelbagai bekal dibawa bersama bagi pengembaraan untuk mencari emas hitam tapi akhirnya tahi emas pun tiada. Depu, gaharu dan sejuta lagi nama lain hanya projek abu nawas ataupun projek broker maut. Kebanyakan broker maut  dalam industri ini sangat gagah ( bertenaga ) unt menjual inokulan, anak benih dan servis inokulan tapi mereka agak gagap apabila ditanya unt membeli balik hasil yg mereka jual kpd petani. Gaharu adalah projek yang tidak boleh diharap kerana berbagai bagai persoalan yg belum selesai dalam industri ini. Gred teras,harga, jenis inokulant, gred minyak, harga minyak mengikut gred, gred kayu racit, ini semua masih belum selesai, hanya broker maut saja yang dapat menyelesai perkara ini, adakah anda sanggup menjadi Broker Mau!