Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Sunday, September 28, 2014

Rezeki ALLAH melalui Swiftlet Farming

Mobil baru

Friday, September 26, 2014

First time Havest sarang burung walet drp Rbw 764


Saiz lebih kecil dan nipis. Walaupun berciri sedemikian ia tidak menunjukkan ciri ciri yang mundur bagi sebuah rbw baru mengeluar hasil. Ciri ini akan terhapus secara alami apabila burung walet yang mendiami Rbw ini semakin berusia.

Anda perlu khidmat ahli pemikat burung walet profesional hubungi wanzulswiftlet at 013- 4419070.

Wednesday, September 24, 2014

Mula study subjek ni


Friday, September 19, 2014

keluarga swiftlet

Anak turut serta



Turut sama mencuci sarang burung walet

Saturday, September 6, 2014

Perancangan strategik Rbw Produktif

Sebelum melabur dalam perladangan burung walet anda sepatutnya mereka bentuk perancangan yang baik untuk menghasilkan Rbw yang produktif dan menguntungkan. Di bawah contoh perancangan untuk rumah burung walet Produktif.

OBJEKTIF
I.  Mempunyai sebuah rumah burung walet tiga Tingkat yang di buat  daripada Konkrit.
ii. Rbw dapat menghasilkan sarang burung sekurang- kurang 1kg sebulan   dalam tempoh 3 - 5 tahun

PENDEKATAN
Membina sebuah Rbw jenis Standalone/rumah kedai/gabungan rumah kediaman untuk dijadikan tempat pembiakan burung walet secara kekal.

STRATEGI
i. Mendapat Khidmat Pemikat burung walet Professional  
ii. Lokasi rbw di kawasan terbuka
iii. Jauh dari kawasan kediaman........ 
iv. Reka bentuk sound system yang berkesan
v.  Reka bentuk bangunan yang kompetitif
vi. Mewujudkan Sistem Pencahayaan Berkesan
vii Tarikan bangunan
viii sistem Kawalan predator mantap
Ix   Doa bagi orang islam
Sekiranya anda mempunyai  kaedah dan  teknik bagi strategi di atas INSHAALLAH Rbw anda berganda ganda produktivitinya.

KAEDAH
Setelah  mengenalpasti semua strategi yang berkesan maka anda mesti memikirkan kaedah bagi setiap strategi itu. Contoh;
i. Reka bentuk bagi sistem suara terdiri daripada litar suara anak, litar  suara luar, litar suara tarik, litar suara pentogan dan litar suara  lubang antara lantai.
ii. Menggunakan Amplifier berkuasa tinggi bagi menghasil volume bervariasi
iii.Susunatur Atur tweeter jenisOPPO
iv. Menggunakan kaedah Smart Sound Shifting ( 3s )
Kaedah ini  berpandukan strategi yang anda kemukakan di atas. ini adalah contoh kepada strategi ( iv )sahaja iaitu strategi sistem suara yang berkesan.

TEKNIK
a) Teknik yang boleh digunakan bagi kaedah reka bentuk sistem suara ialah;
i)  Cable yang bermutu tinggi jenis AAA atau Cable Rahsia 
ii) Jenis suara iaitu LR/mono/mix/2d/3d/4d Atau Top Rahsia bagi suara dalam.
iii) Jenis suara 3d /mono/...../..... atau Projek juta I bagi suara luar
iv) Litar siri/selari/ Gabungan siri-selari
Di atas ialah contoh teknik- teknik/cara- cara kepada  kaedah reka bentuk sistem suara yang berkesan sahaja. Sekiranya anda mempunyai pelbagai kaedah sudah tentu banyak teknik atau cara bagi setiap kaedah yang  perlu di fikirkan.Minat dan keinginan tinggi  kunci kepada penemuan teknik yang luar biasa .( Pengetahuan dan teknik yang anda dan saya miliki sekarang tidak dapat bertahan selamanya. Kajian adalah satu cara untuk terus kompetitif )
Anda mesti memikirkan apa saja teknik yang boleh menghasilkan sistem suara yang mantap lagi berkesan. Teknik atau cara adalah peringkat yang paling sukar untuk di hasilkan kerana ia memerlukan pengetahuan, pengalaman dan kajian.
Banyak lagi teknik- teknik yang di guna secara rahsia  melalui Penemuan terbaru. Walau bagaimanapun teknik-teknik tersebut tidak di dedahkan di sini kerana  penemuanya memerlukakan PEMBIAYAAN bukan penemuan secara percuma.

Friday, August 22, 2014

Minat yang berbaloi

Ini kerjaku pada waktu senggang, Selain daripada mereka bentuk kajian tentang perladangan burung walet, "Editting" suara burung walet menjadi kegilaanku sekarang.

Saturday, August 9, 2014

Kenalilah Ahli Profesional Pemikat Burung Walet Anda

Apakah perkhimatan dan pendekatan yang ditawarkan oleh Ahli Pemikat Burung Walet Profesional. Sebelum itu apakah tujuan  Profesion pemikat burung walet itu sendiri,
Profesional pemikat burung walet membawa maksud seseorang yang mengamalkan kemahiran atau pendekatan atau pertimbangan atau menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan
i. Pengekalan ( Full House ) atau peningkatan populasi dan sarang burung walet di dalam rumah burung walet atau bangunan yang sesuai untuk pembiakan populasi burung walet atau
ii. Perawatan atau penjagaan atau pemantauan terhadap rumah burung walet dan  bimbingan atau khidmat nasihat kepada pengusaha rumah burung walet .Diantara peranan utama yang dimainkan oleh Para Profesional pemikat burung walet ialah:
a) Merawat,
b) Menyelia/memantau,
c) Menasihat,
d) Membimbing dan
e) Membuat kajian dan pembangunan berkaitan dengan perladangan burung walet.
Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab profesion dengan berkesan setiap ahli profesional pemikat burung walet mengamalkan budaya dan kepercayaan yang teguh terhadap profesion mereka.
Akhir kata saya sebagai Ahli Profesional pemikat burung walet mempunyai ciri ciri diatas dan berkemampuan melaksanakan tugas secara berkesan. InsyaALLAH

Friday, August 8, 2014

Satu kepuasan peribadi

Bulan julai harvast Sarang burung melebihi 3kg. Rbw yang berusia 4 Tahun Alhamdullillah

Wednesday, July 23, 2014

Ara yang banyak manfaat

Keadaan yang indah dan damai tanpa memerlukan pengorbanan yang besar untuk mewujudkan keadaan seperti ini. Tiga manfaat sekurang kurangnya yang anda perolehi daripada Ara ini:



Sebagai tumbuhan Landskap yang unik

Ara merupakan diantara pembekal utama serangga semulajadi di bumi dan juga boleh di makan oleh manusia.



suasana indah dan damai serta tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit



Sunday, July 20, 2014

Tak perlu umur 50 untuk pencen

Kepada mereka yang belum kenal industri burung walet, hasil di bawah ialah sebahagian kecil daripada hasil jualan sarang burung walet. Industri ini menawarkan pendapatan yang sangat lumaya
tanpa melakukan kerja dengan kata lain Duduk goyang kaki tapi jutawan. Walaupun penat dan berhabis habisan pada peringkat awal hasilnya amat amat lumaya, ALHAMDULLILAH.

Tuesday, July 15, 2014

Harga sarang burung walet pukal

Harga sarang burung walet mentah secara pukal Terkini Rm 1400.00......... Naik lagi. ALHAMDULLILLAH.

Monday, July 14, 2014

Kisah petani burung walet, Dulu sengket sekarang Kaya

Askum dan sejahtera .  Hari2 terus ceria dan terus ceria sebagai seorang petani burung walet yang membawa balik hasil buruan yang semakin lumaya. Begini ceritanya , hasil buruan bertambah +_ 100 gram sebulan bermakna satu tahun bertambah 1.2kg = dgn harga  min. rm1000.00/kg so setiap tahun pendapatan bertambah RM 1000.00/ Bulan, saya ulangi setiap bulan, INSYAALLAH, Kenaikan gaji tahunan anda ada sebanyak tu untuk tempoh 12 bulan, tak mungkin kecuali ketua pengarah, bagi petani Burung walet YES.  Dulu sengket sekarang Kaya memang layak untuk petani macam saya   ALHAMDULLILAH.


Petani Tombak Cina 

Sekiranya anda masih ragu-ragu bagaimana mengubah nasib Rbw anda daripada gred C kepada gred super hubungi wanzulswiftlet at 013 441 9070

Friday, July 4, 2014

Ini Hanya 1 per 8 daripada stok gaharu hutan tersedia Ada

\













Monday, June 16, 2014

Teknik Banjir yang Menguja


Saingan untuk mendapat walet muda atau burung walet yang kecewa dengan kondisi Rbw pengusaha yang berhati kecil maka satu lagi teknik diuji untuk mengetahui signifikasi terhadap penginapan spesies Aerodramus fuciphagus dalam Rbw lama atau baru. Air di takung secara semulajadi daripada air hujan setinggi 3-4 inci di lantai bawah dan selebihnya akan mengalir keluar dari bangunan. Walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada rakan - rakan yang merasai takungan air akan menjejaskan keselamatan bangunan namun manusia yang berhati besar ini meneruskan niat yang dikatakan  suci ini.





Air mula ditakung






Saturday, June 14, 2014

Macam - macam Ada

Sekiranaya anda yakin boleh guna sabut kelapa untuk pujuk walet muda bersarang dengan cepat. Sepuluh ( 10 ) daripada sepuluh fake nest sabut kelapa yang dicoba dan didapati kesemua
Bw muda bersarang diatasnya.

kepentingan Strategi pertahanan yang Ampoh

Satu lagi perkara yang perlu ada pada swiftlet farmer ialah strategi pertahanan seperti pasukan bola sepak Italy iaitu kemampuan bertahan menyelenggara rumah burung burung walet supaya TIP - TOP sehingga 3 - 5 tahun tanpa mendapat apa apa hasil dalam tempoh itu, Mampukah anda membina strategi ini???. Sepanjang tempoh merawat rumah burung walet di seluruh malaysia kebanyakkan pengusaha yang terlibat dalam industri ini secara terikut ikut mereka biasanya tidak ada kemampuan untuk bertahan dalam tempoh itu. Mereka membiarkan Rbw dipenuhi dengan sarang labah labah, sampah sarah, hama, semut, predator dan yang lebih teruk ialah 80% tweeter sudah spoil ( TAK BERFUNGSI ) bermacam macam lagi bentuk gangguan kepada burung walet untuk berkembang biak.  Bagi pengusaha yang ingin kekal relevan   dalam indusrti ini anda mesti mempunyai pertahanan yang ampoh dalam tempoh itu untuk mengecapi pendapatan tanpa batas yang sudah dirasai oleh pengusaha terdahulu seperti saya.

Saturday, June 7, 2014

Berita tentang sarang burung walet mentah

CHINA SEDIA BINCANG EKSPORT SARANG BURUNG WALIT MENTAH

PUTRAJAYA, 19 Mei  (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghantar pegawai ke China bagi membincangkan isu pengeksportan sarang burung walit yang belum diproses ke negara itu.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan kesediaan China membincangkan perkara tersebut yang dinyatakan oleh rakan sejawatannya dalam pertemuan mereka baru-baru ini.
“Kalau dulu mereka langsung tidak mahu bincang mengenai sarang yang belum diproses, tapi sekarang sudah setuju,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini Isnin.
China sebelum ini memberi kelulusan kepada Malaysia bagi mengeksport sarang burung walit mentah bersih sejak Januari lalu, selepas beberapa siri perbincangan berikutan sekatan yang dikenakan ke atas negara ini.
Sekatan itu akibat laporan negatif media China mengenai kualiti sarang burung walit yang diimport dari Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata Malaysia sedang melihat beberapa negara sumber baharu untuk mengimport daging termasuk Sudan dan Somalia, berbanding bergantung kepada empat negara iaitu India, Australia, Thailand dan New Zealand pada masa ini.
Beliau berkata pada masa ini bekalan daging mencukupi namun langkah itu diambil untuk mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana negara, lebih-lebih lagi apabila ada ura-ura India akan mengurangkan eksport mereka pada masa depan.
“Kemboja juga merupakan negara baharu dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sedang berada di sana untuk membuat pemilihan lembu hidup bagi dibawa masuk ke  Malaysia.
“Kita akan tengok kalau kita dapat pasaran baharu dengan harga dan kualiti yang lebih baik, kita akan kurangkan import dari India,” katanya.

Mengembang sayap

Wanzulswiftlet Masih giat mengembangkan perlandangan burung walet walaupun Ramai yang ragu ragu dengan industri ini sekarang. Sekiranyanya anda seorang PELADANG ( FARMER ), menjadi peladang burung walet ( swiftlet farmer ) adalah terbaik di antara peladang di dunia, Kenapa?





Friday, May 23, 2014

Membangun Control Panel

Memprogram control panel







Wanzulswiftlet bekerjasama dengan seorang engineer dalam bidang electronic computer untuk membangun control panel bagi mengawal selia kesemua peralatan electric dan electronic dalam rumah burung walet. Product ini akan  memudahkan pengusaha rumah burung walet mengawal selia kesemua peralatan termasuk pengawalan predator terutama burung hantu dan ia sangat sesuai bagi pengusaha yang tinggal berjauhan dengan Rbw mereka. 

Thursday, May 22, 2014

Our Dream

China open to talks over entry of raw, uncleaned bird's nests

   
PUTRAJAYA: A glimmer of hope has emerged for the export of local bird’s nests to China as the authorities there are now open to talks over the entry of raw, uncleaned bird’s nests from Malaysia.
“China has previously rejected all such discussions,” said Agriculture and Agro-based Industries Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
He said the latest development was expressed to him by his Chinese counterpart during Ismail’s trip to China last week.
“To all swiflet farmers and bird’s nest entrepreneurs who worry about not being able to export their products, there is now hope,” Ismail said after the ministry’s monthly staff gathering here yesterday.
“China has agreed to enter into a discussion with us and we will send our officers to follow up on this,” he added.
China’s General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine (AQSIQ) has allowed the re-entry of cleaned bird’s nests from Malaysia after lifting a two-year freeze on the product.
The ban, which was lifted on Dec 25 last year, was put in place in July 2011 when cleaned bird’s nests from Malaysia were found to contain excessive level of nitrite.
The Malaysian bird’s nest industry is a lucrative sector, which saw some 250 tonnes of bird’s nests exported to China before the ban was imposed.
On a separate matter, Ismail highlighted an urgent need for more young people to participate in agriculture entrepreneurship.
He said only about 15% of the country’s 800,000 farmers consisted of youngsters.
“The rest are mostly above 60 years old,” he pointed out.
“If the young do not get involve in agriculture, there will be no one to take over when the need arises,” Ismail said.
“We will then face a great challenge in increasing our agriculture output and reducing reliance on imports.”

Wednesday, May 21, 2014

Kemampuan Double layer walls sememangnya hebat


2nd flr mac2014,    Time,   Celsius(°C),High Alarm,Low Alarm, Humidity(%rh),dew point(°C),

D``````date````                  masa```   Celsius````````    Humidi`````````````
27/03/2014          12:43:42  ,          27.5,     ,       83.0,       24.3
27/03/2014  13:43:42             ,28.0,   ,     83.0,     24.8
,27/03/2014  14:43:42 ,          28.5,        82.0,        25.1
          27/03/201  15:43:42,   29.0,     80.5,         25.3
,27/03/14    16:43:42,  29.0     79.5,    
27/03/2014    17:43:42,      29.5,       78.5,    25.4
27/03/2014     18:43:42,     29.5,        79.0,   25.5
,27/03/2014    19:43:42,   29.5,     81.0,   25.9
27/03/2014  20:43:42,   29. 5,   82.0,   26.1
27/03/2014  21:43:42,   29. 5,   82.0,   26.1
27/03/2014  22:43:42,   29. 5,    82.0 ,   26.1
27/03/2014  23:43:42,    29. 5,   82.0,  26.1
28/03/2014  00:43:42,  29. 0,       82.0,  25.6
28/03/2014   01:43:42,         29. 0,          82.0,   25.628
28/03/2014   02:43:42,  29. 0,      ,81.5,   25.5
``28/03/2014 03:43:  28. 5,  81.5,
28/03/2014   04:43:42,  28. 5     81.5,     25.0
28/03/2014   05:43:42,  28. 0,  81.5,   24.5
28/03/2014   06:43:42,  28.0,      81.5,      24.5
28/03/2014   07:43:42,  28.0,      81.5,    24.5
28/03/2014   08:43:42,  27.5        82.0,2    4.1
28/03/2014     09:43:42     27.5,   83.5     ,24.5
Data yang di ambil drp datalogger ( Masa, Temperature dan Humidity ) jelas menunjukan  double layer walls mampu bertahan pada musim panas yang extreme ( pergerakan suhu hanya dalam jajaran 3darjah c sahaja dalam masa lebih drp 24 jam ). Di Pantai timur keadaan extreme bermula pada penghujung bulan januari tahun dan berakhir minggu lepas setelah hujang mula turun. Walaupun kos permulaan  agak tinggi tetapi ia amat berbaloi kerana masih mampu menahan suhu  tinggi daripada luar memasuki ke dalam Rbw dan merosakan kondisi dalaman. Kemantapan kondisi dalaman adalah  PUNCA utama kepada pertambahan burung dan sarang yang mendadak pada musim panas extreme baru - baru ini, sehingga terpaksa Memanggil turun penghuni di tingkat atas dengan menggunakan Konsep PANGGIL TURUN.

Tuesday, May 20, 2014

Lagi berita sensasi tentang sarang burung walet


Sama ada benar atau sekadar menyedapkan hati para penternak burung walet seperti berita dulu -dulu. ,Apa yang Kita boleh buat tunggu dan lihat saja.

Monday, May 19, 2014

Harapan Baru Mei 2014 berita ShanghaiDaily.com

Sekiranya berita ini benar , "saya yakin benar" kerana ia datang daripada ShanghaiDaily.com. Saya yakin Industri perladangan burung walet akan kembali rancak dalam masa terdekat, siapakah akan untung? jawapanya mereka yang berhati besar  iaitu  mereka yang tidak pernah jemu memujuk burung walet bersarang di dalam Rbw mereka semenjak waktu sukar 3 tahun lepas. 

Wednesday, May 14, 2014

Lawatan dan Post mortem Rbw

Tarikh                     Tempat                        Perkara
25/05- 31/05         Rbw 764                                                          Monitor baikpulih Lab.

01/06            Rbw sempadan Trgganu                                                                                         Dokumentasi


02/06- 14/06          Masih lagi Free                                                                            

Terowong satu kaedah

Perbincangan tentang mewujudkan satu terowong ( Tunnel ) dalam rumah burung walet hangat di bincang sekarang dan sebelum ini. Ada bukti yang di tunjukan bahawa kaedah terowong berjaya menjinak burung walet masuk dan menginap di dalam Rbw dengan lebih cepat. Apapun wanzulswiftlet telah lama memperkenalkan kaedah ini memujuk burung walet masuk,menginap dan bersarang di dalam rumah burung walet di bawah selian beliau.
Bagi terus bersaing dalam industri ini anda harus menganda gandakan keupayaan berfikir tentang teknik atau cara atau konsep baru yang lebih signifikan untuk memujuk burung walet bersarang lebih cepat di dalam Rbw anda.
Salah satu daripada Terowong yang dibina dalam Rbw terbaru. Dalam posting akan datang ada lagi bukti pembinaan terowong yang telah lama diperkenakan dlm Rbw.
 

Saturday, May 10, 2014

Lawatan Dan Post Mortem Rumah Burung Walet May-Jun2014

Tarikh                                        Tempat                                     Particulars
25/05- 31/05                               Rbw 764                                 Monitor baikpulih Lab.

01/06                                          Rbw sempadan                                            Trggnu     Dokumentasi


02/06- 14/06          Masih lagi Free                                                                                          

Susun atur tweeter yang kurang berdaya saing


Sepanjang terlibat dalam industri perladangan burung walet pelbagai jenis susunatur Tw telah ditemui sama ada pelik atau separuh pelik atau langsung tidak pelik. Itu semuanya menunjukan bertapa manusia memikir reka bentuk susunatur Tw yang lebih baik ( kompetitif ) untuk memujuk burung walet lebih cepat menginap dan membina sarang. 
Bagi design pangaturan Tw seperti di atas langsung menunjukan bertapa pereka sistem suara dalam rumah burung walet itu terlalu jahil tentang keperluan dan kehendak burung walet muda.
Susunatur sebegitu mungkin sesuai di kawasan yang kurang persaigan atau tiada saingan langsung dan ini terbukti bahawa susunatur sebegitu tidak mendatangkan "Single Nest" dalam Rbw diatas bagi tempoh 15 bulan.
Sound sistem design merupakan perkara penting diantara yang terpenting bagi memikat burung walet muda menginap dan bersarang lebih awal dalam rumah burung walet anda.

Thursday, May 8, 2014

KONSEP PANGGIL TURUN

Pengaturan populasi burung walet bagi setiap tingkat dalam Rbw seharusnya seimbang bagi menggelak tingkat paling atas dipenuhi dengan Burung walet berbanding dengan tingkat bawah. Kepadatan Burung walet di tingkat atas sedikit sebanyak menganggu perkembangan populasi Bw bagi sesebuah Rbw. Untuk menggelak keadaan ini  terus berlaku bagi Rbw yang sudah dihuni, anda mesti mempunyai kemampuan memanipulasi sistem suara dan atau sistem pencahayaan untuk menggalak burung walet turun dan menetap di tingkat bawah. Konsep Panggil Turun adalah idea yang sedia ada tetapi di tambah baik untuk mengurangkan Stress Bw akibat daripada pengaplikasian konsep tersebut.

Semasa mereka bentuk Rumah burung walet   penetapan lokasi LAL adalah sangat dititik berat untuk menggelak keadaan diatas berlaku didalam sesebuah Rbw .Kegagalan mengenalpasti lokasi terbaik Lubang antara lantai ( LAL ) adalah punca utama kepada kelembapan perkembangan populasi Bw dalam Rbw.
Rbw ini sudah mempunyai kepadatan populasi walet yang tidak seimbang diantara setiap tingkat. Konsep panggil turun mesti di aplikasi dengan seberapa segera untuk mengimbangi penghuninya.

Saturday, May 3, 2014

Suhu nesting Plank



average suhu pada Np sekitar 30.8oC

Monday, April 28, 2014

Pengalaman mendahului keegoan

Sepanjang melawat dan membuat penilaian melalui post mortem keatas beberapa buah Rbw selama ini, permasalahan yang sering terjadi ialah ketinggian tidak memadai, kepadatan tinggi Rbw setempat, Kondisi dalaman yang buruk dan terlalu kurang motivasi pengusaha untuk mengubah pencapaian Rbw. Segala permasalahan tentang  Rumah Burung Walet InsyaALLAH boleh diselesaikan seandainya pemilik mempunyai motivasi dan keinginan yang tinggi untuk menaikan taraf Rbw gagal kepada tiga kategori;
a  Rbw lambat kadar mempopulasi
b  Rbw sederhana kadar mempopulasi
c  Rbw cepat kadar mempopulasi
Bagi kategori ( a ) ia boleh lagi dinaik kpd kategori ( b ) atau ( c ). 
Sekiranya anda masih ragu- ragu tentang pretasi Rbw, mintalah nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini.

Sunday, April 27, 2014

Jadual lawatan terbaru

Lawatan dan post mortem Rumah Burung Walet bermula  01/05/14 hingga 03/05/14

Tarikh                                                     Tempat

01/05                      Rbw764 Pasir Puteh Kelantan                                                          dan/ mungkin Jerteh 

02/05                         Padang Midin kuala Trg. 

                                                                                  03/02                           Kuala Besut N Rbw   Sempadan                                                                                       Terengganu

Itu saja yang termampu untuk sesi lawatan n PM  kali ini.. InsyaALLAH.

Testing humidifier


Wednesday, April 23, 2014

seminar pertama untuk ahli Pwm di Tok Bali P. Putih Kelantan


Tuesday, April 22, 2014

Hobi Baru


Monday, April 21, 2014

Pokok Gaharu

Keadaan Pokok Gaharu yang berumur +- 4Tahun. Nama Spesies Pokok gaharu ini saya sudah Lupa???


Friday, April 18, 2014

Kekeliruan antara HUKUM dan PANDANGAN

2.karena suara inap sangat sensitif sekali salah2 memakai walet yg menetap akan kabur ke RBW lain.

Saya tidak berapa setuju dengan statement diatas , Pandangan peribadi tidak mengambarkan kesahihan sesuatu isu. Sesuatu isu perlu di sokong dengan data atau teori yang di sepakati oleh mereka yang pakar atau arif dalam bidang masing.Statement diatas sepatutnya bermula  "Pada pandangan saya/ pada firasat saya/ mengikut pengalaman saya/ apa saja statement yang bermaksud pandangan seseorang ". Bukannya statement yang memberi gambaran sesuatu idea itu adalah perkara yang wajib dipatuhi sekiranya ingkar mendatangkan kemudaratan ( Kabur )kepada  sesebuah Rbw.Sifat yang boleh mendatang bencana atau mudarat hanya ada pada sesuatu  "hukum" kerana sifat " HUKUM"Ke sudah SAHIH lagi NYATA.

Thursday, April 17, 2014

Update Jadual lawatan

Lawatan dan post mortem Rumah Burung Walet bermula  01/05/14 hingga 03/05/14

Tarikh                                                     Tempat


01/05                                                                                              Rbw764 Pasir Puteh Kelantan                             dan mungkin Jerteh

02/05                                                                                            Padang Midin kuala Terengganu

03/05                                                                                              Kuala Besut N Rbw Sempadan                              Terengganu

Itu saja yang termampu untuk sesi lawatan n PM  kali ini.. InsyaALLAH.

Tuesday, April 15, 2014

Reka Bentuk Turbine



Reka bentuk Turbine yang terbaru

Siri  penambahbaikan keatas reka bentuk turbine  di buat secara berterusan untuk meningkat keberkesanan SGS beroperasi di dalam Rumah Burung Walet.