Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Thursday, April 27, 2017

Sarang bertingkat dari sudut Animal Health

Burung adalah benda hidup [ Living thing ]. kebanyakkan benda hidup telah di anugerahkan naluri menjaga kesihatan keturunannya. Hal - hal yang berkaitan dengan kesihatan haiwan [ animal health ] telah di pelajari secara khusus kepada mereka yang terlibat dengan pengeluaran ternakan [ Animal production/ Animal husbandry] di kolej atau universiti.
Pelajar lepasan dalam bidang ini sudah tentu berkemampuan memberi penjelasan padu mengapa burung walet membina sarang seperti di bawah daripada sudut Animal Health. Pengutipan [ havasting ] secara terancang juga menyumbang kepada Program Kesihatan Kelompok [ Flock Health Program] secara tidak di sedari bahawa petani walet telah menyumbang kepada usaha menjaga kesihatan populasi burung walet. Oleh itu kutip/panenlah sarang selepas anak burung terbang meninggalkan sarang kerna Anda telah melakukan perkara yang lestari. Membiarkan sarang bertingkat seperti di bawah mengambarkan kejahilan anda dalam Pengurusan Rumah Burung Walet!


Saturday, April 22, 2017

Industri penternakan yang boleh memberi kekayaan kepada semua orang


Satu - satunya industri penternakan yang berimpak tinggi. Perladangan burung walet memberi peluang kepada sesiapa saja di malaysia untuk di ceburi walaupun anda seorang yang Buta Huruf. Bukanlah sesuatu yang janggal dan aneh sekiranya saya mengatakan tiada bidang penternakan lain yang dapat menandingi " keseronakan" yang di nikmati oleh Petani Burung Walet sekarang. Rugi dan teramat rugi sekiranya anda mempunyai peluang { ada Tanah } tetapi "menyepak" peluang mengaut kekayaan di depan mata Anda.
Sekiranya Anda masih sangsi dan ragu - ragu tentang keunikan dan kehebatan menjadi Petani Walet hubungi Wan Zul King di Talian berikut 01113399353 dan 013 4419070.







Friday, April 21, 2017

Dulu ada nilai, Rm 800.00/kg

Sriti atau  Collocalia esculenta banyak di kawasan tinggi seperti di Cameron highland. Di bawah sarang sriti yang saya jumpa semasa lawatan ke Rbw di Sg Tong Setiu Terengganu Malaysia.






Friday, April 7, 2017

Penebat dari serat semulajadi


Thursday, April 6, 2017

Awal musim yang menghiburkan


Friday, March 31, 2017

Kali ini persediaan lebih mantap dan bergaya

Musim lama akan berakhir tidak lama lagi. Persiapan demi persiapan telah di buat untuk menyambut musim baru dengan gaya baru dan kesiap siagaan bagi memperdayakan walet muda Sebanyak mungkin untuk musim 2017 dan 2018. 
Perladangan burung walet juga sama seperti industri lain yang berhadapan dengan saingan sengit untuk survival. Jadi, Pengetahuan dan skills perlu di Update sentiasa supaya kekayaan dari langit ini mudah menjadi milik kita... InsyaALLAH.









Thursday, March 30, 2017

Berita Gembira buat Petani Walet seluruh Malaysia





Sunday, March 26, 2017

Jawapan sangat bermanfaat kepada petani walet

Di atas adalah perbualan ringkas antara saya dengan bekas Lecture saya ( Professor ) dari Faculty kedoktoran Veterinar UPM. Kekeliruan saya selama ini terjawap bila saya mengajukan soalan di atas ( Terima kasih Prof).
Mengapa soalan ini penting bagi saya dan Anda sebagai Petani Burung Walet. 

Saturday, March 18, 2017

Ini Hakikat sebenar


Syabas di ucapkan kepada Petani walet yang tidak pernah berputus asa sejak dari "zaman kejatuhan". Harga hari ini sebagai durian runtuh untuk anda.






Friday, March 17, 2017

Avian Influenza versus EBN pricing


Wabak "highly pathogenic Avian Influenza [ HPAI }"yang sedang rancak menyerang unggas hampir semua jajahan di kelantan mendatang ketakutan kepada pengusaha rumah burung walet. Apa tidaknya mungkin harga sarang akan turun mendadak kerana mungkin negara China akan membekukan eksport EBN ke sana. Sangkaan Kami memang meleset kerna harga jualan sarang pada hari ini 17/03/20017 masih lagi tinggi... Syukur Alhamdullillah. 




Wednesday, March 1, 2017

Peluang mengaut kekayaan di biar berlalu bertahun tahun lama


Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman "King" sekiranya begitulah respon burung walet kepada suara Serawak king, ini menunjukkan bahawa populasi walet di sini Senang untuk "" DiJinak "" dan di jadikan Penghuni tetap dan "Berpencen" di dalam Rbw Hj Othman... InsyaALLAH. 

Thursday, February 23, 2017

Proses membuat Jus berahi versi Sabah dan Serawak


Jus Berahi perlu diadun semula untuk memenuhi Pengguna serawak king di Sabah dan Sarawak. Kesediaan pengguna amat tinggi terhadap jus Berahi berdasarkan kepada permintaan pelangggan dari setiap pelusok Negeri dan Luar negara { Indonesia, Vietnam dan Thailand}. 





Tuesday, February 14, 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR RAKAN2 PENGUSAHA RUMAH BURUNG WALET

Sekitar lawatan Encik Zamani dan Rakan2 ke Rbw "King" yang lalu. Ini adalah kali ke 2 encik Zamani dan rakan mengadakan lawatan kerja untuk menimba pelbagai ilmu dan skills secara Hand on di Rbw King.




Friday, February 3, 2017

Ancaman Fungus dalam Rumah Burung Walet

Dalam siri lawatan mesra ke Rbw di pantai timur ,rata rata papan Sirip mempunyai fungus sehingga 70% banyaknya. Sumbangan terbesar wujudnya serangan ini adalah datang daripada penggunaan timer untuk mengawal on/off mesin kabus atau Humidifiers. Selain itu kebocoran air juga menjadi punca ke dua kehadiran koloni fungus pada papan sirip. Monson Timur Laut memburukkan lagi keadaan papan Sirip bagi Rbw di Pantai timur yang tidak mempunyai Lubang Angin / Ventilation Hole yang mengcukupi. Sumbangan seterusnya kepada pertambahan koloni fungus dan pengurangan koloni burung walet ialah konsep Lantai Basah yang melampau dan membabi buta penggunaanya.





Saturday, January 7, 2017

Futuristic design for swiftlet House/ reka bentuk Rbw masa depan





Sunday, January 1, 2017

Burung walet tidak mahu menginap ada alasanya!!!

Sebelum sampai ke rbw Tuan R di Pahang, King sudah melihat dan merasai sesuatu yang janggal dan ganjil pada Lubang Masuk Burung ( LMB ) . Ketika itu Kelihatan  Burung walet hanya berputar putar pada LMB seolah olah ada " Pengawal Keselamatan Sado '' menunjuk Lagak ngeri kepada burung walet. Tingkah laku burung walet ini memberi petunjuk awal yang sangat bermakna kepada King sebagai seorang '' penggoda" burung walet professional.... Alhamdullillah. 
Kejanggalan tingkahlaku haiwan ini  mesti mempunyai sebab tertentu. Dan tingkahlaku haiwan/ animal behaviors ini mesti di pelajari daripada mereka yang professionals dalam bidang ini. Terima kasih pensyarah/ lecturers faculty kedoktoran Veterinar UPM. 
Ilmu tingkah laku haiwan banyak membantu king mengenal pasti masalah, menganalisa, mencadang dan melakukan tindakan susulan keatas Rbw bermasalah.