Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Saturday, November 16, 2019

Raptor Ore + Inap L88

Hasl penggunaan Raptor Ore dan inap L88 Lama membuahkan hasil yg sangat lumaya. 
Anda tidak perlu bazirkan masa dan wang dengan suara yang belum pasti keluarbiasaanya" beralih lah kpd suara suara keramat yg sudah terbukti "keramat...







































Raptor Ore + Inap L88

Hasl penggunaan Raptor Ore dan inap L88 Lama membuahkan hasil yg sangat lumaya. 
Anda tidak perlu bazirkan masa dan wang dengan suara yang belum pasti keluarbiasaanya" beralih lah kpd suara suara keramat yg sudah terbukti "keramat...




















Sunday, November 10, 2019

Raptor mula menunjuk "belang"

Alhamdullillah semakin ramai petani walet  telah menikmati hasil daripada penggunaan suara serawak king dan Raptor.
Semoga bilangan Petani walet yang berjaya semakin bertambah saban tahun dengan kedua dua " Suara Keramat " ini InsyALLAH..






Wednesday, November 6, 2019

Kelawar drakula

Ini contoh carcass / bangkai burung walet dewasa yg di jumpai di dalam rbw di Sungai Tong Terengganu. Burung walet ini dipercayai menjadi mangsa kelawar drakula berdasar ciri kecederaan fizikal pd carcass itu.
Sungai Tong juga terkenal dgn seranggan ganas Si Pemotong kepala ke atas burung walet di dalam rbw pada waktu malam.

Friday, November 1, 2019

Ancaman Baru!?


Sekiranya benar Lipan Bara menyerang, Memakan dan Membunuh anak burung walet ini maka predator ini akan menambah satu lagi pembunuh kepada anak2 burung walet kita.
Ancaman lipan bara tidak boleh dianggap terpencil kerana ia begitu mudah memasuki rbw dan menyerang anak2 burung walet.

Semoga kita bersedia dan dijauhi oleh ancaman ini insyaALLAH..



Saturday, October 12, 2019

Petani walet

Kerjaya petani walet masa kini sangat berharga. Kejayaan dalam laluan sebagai pemilik rbw membantu kehidupan yang lebih baik. Walaupun kelihatan penat tetapi semua itu hilang ditenggelami oleh kepuasan dan wang yang sudah dan bakal dimiliki. InsyaALLAH.




Friday, September 20, 2019

meneroka dan mengkaji habitat walet di Gua Niah miri Sarawak

Gua niah merupakan habitat walet yang semakin terancan di abad ini. semasa lawatan ke Gua niah sudah jelas kelihatan bahawa populasi menuju kepada kepupusan dalam tempoh yang terdekat. sudah banyak bahagian2 tertentu di gua niah sudah tidak dihuni oleh burung walet lagi

lawatan yang singkat tempoh hari banyak mendapat pengetahuan baru yang akan meningkat kemahiran memikat burung walet untuk bersarang di dalam rumah burung walet insyaALLAH..



Monday, August 26, 2019

Adakah standard pembinaan Rumah Monyet sudah berubah?

Persaingan merebut kekayaan rumah gelap semakin sulit dan lebih menyulitkan lagi sekiranya Petani walet tidak mengikuti peraturan atau standard pembinaan sesebuah rbw. Anda Boleh mencabar standard lama sekiranya jiwa dan mental anda sekeras Besi Waja! Tetapi jika sebalik lebih baik ikut saja.
Standard lama bagi saiz MH ialah 8kaki x 8kaki dan lebih baik 10kaki x 10kaki. 
Begitu ramai petani walet selepas mengikuti kursus asas mencabar standard lama dengan membuat standard baru dan selepas itu menangis tersedu ~ sedu kerana walet tidak melepas seketul najis pun didalam rbw yg dibina bermula hari pertama sehingga "tarikh luput". Wajarkah begini?
Cerita ini diharap menjadi tauladan kepada Pemula yang ingin mencabar standard lama! Tanpa memiliki jiwa perjuang!.

#TheBestManAlwaysWin.



Tuesday, July 2, 2019

Pencerobohan Rbw

Dinding Bangunan



Pencerobohan rbw berkait rapat dengan harga semasa sarang walet. Semakin tinggi harga pasaran semakin "Tercabar" rbw kita.
Pembinaan dan Pengurusan rbw masa kini buka lagi berkisar tentang jenis suara, cara harvest, tempat jualan, Hasil bulanan dan sebagainya. Pengurusan rbw masa kini perlu menitik berat soal  keselamatan rbw sebagai perkara utama dlm pengurusan rbw sekarang. Sesiapa tidak mengendahkan soal pengurusan keselamatan rbw bererti petani walet itu berisiko tinggi unt. "Bersedekah terpaksa rela" kepada penyamun2 Rumah Burung Walet.
Di bawah adalah bahagian2 utama Rbw yang sering dicerobohi oleh samseng2 rbw iaitu;
A. Pintu
B. Lmb
C. Bumbung
D. Dinding.
Penggunaan alarm, CCTV dan Sensor Gegaran menjadi semakin popular dan lebih efektif unt. Menyelamat rbw kita. Selain drp itu konsep Rbw hybride juga mampu bertahan daripada " serangan " penceroboh rbw. 

Pintu Utama

Lubang Masuk Burung [ LMB }
Lubang yg ditebuk oleh penceroboh

Atap Bumbung


Saturday, June 15, 2019

Rbw dengan 2 LMb


Teori lama mengatakan " burung  hanya akan keluar masuk melalui 2 lmb  tetapi tidak meneroka lebih lanjut kedalam". Tiada Kebernaran bagi teori ini kerana sudah banyak rbw berjaya dgn dwi lmb.
Walau bagaiamanapun ada sedikit kelemahan iaitu penyelenggaran lebih tinggi drp "single lmb. 
Secara Peribadi saya lebih suka dwi lmb berbanding " single lmb.






Friday, June 14, 2019

Perbezaan antara pemangsa walet dan kelawar muka Musang.

Kelawar pemakan walet mempunyai hidung Bertanduk manakala kelawar muka musang tidak. Ciri fizikal hidung bertanduk merupakan sifat yg istimewa bagi VB. Kebanyakkan kelawar lain tidak mempunyai sifat ini.
Bagi membeza kelawar Vampire dgn species lain lihat pada tanduk pada bahagian hidung.