Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Monday, May 19, 2014

Harapan Baru Mei 2014 berita ShanghaiDaily.com

Sekiranya berita ini benar , "saya yakin benar" kerana ia datang daripada ShanghaiDaily.com. Saya yakin Industri perladangan burung walet akan kembali rancak dalam masa terdekat, siapakah akan untung? jawapanya mereka yang berhati besar  iaitu  mereka yang tidak pernah jemu memujuk burung walet bersarang di dalam Rbw mereka semenjak waktu sukar 3 tahun lepas. 

Wednesday, May 14, 2014

Lawatan dan Post mortem Rbw

Tarikh                     Tempat                        Perkara
25/05- 31/05         Rbw 764                                                          Monitor baikpulih Lab.

01/06            Rbw sempadan Trgganu                                                                                         Dokumentasi


02/06- 14/06          Masih lagi Free                                                                            

Terowong satu kaedah

Perbincangan tentang mewujudkan satu terowong ( Tunnel ) dalam rumah burung walet hangat di bincang sekarang dan sebelum ini. Ada bukti yang di tunjukan bahawa kaedah terowong berjaya menjinak burung walet masuk dan menginap di dalam Rbw dengan lebih cepat. Apapun wanzulswiftlet telah lama memperkenalkan kaedah ini memujuk burung walet masuk,menginap dan bersarang di dalam rumah burung walet di bawah selian beliau.
Bagi terus bersaing dalam industri ini anda harus menganda gandakan keupayaan berfikir tentang teknik atau cara atau konsep baru yang lebih signifikan untuk memujuk burung walet bersarang lebih cepat di dalam Rbw anda.
Salah satu daripada Terowong yang dibina dalam Rbw terbaru. Dalam posting akan datang ada lagi bukti pembinaan terowong yang telah lama diperkenakan dlm Rbw.
 

Saturday, May 10, 2014

Lawatan Dan Post Mortem Rumah Burung Walet May-Jun2014

Tarikh                                        Tempat                                     Particulars
25/05- 31/05                               Rbw 764                                 Monitor baikpulih Lab.

01/06                                          Rbw sempadan                                            Trggnu     Dokumentasi


02/06- 14/06          Masih lagi Free                                                                                          

Susun atur tweeter yang kurang berdaya saing


Sepanjang terlibat dalam industri perladangan burung walet pelbagai jenis susunatur Tw telah ditemui sama ada pelik atau separuh pelik atau langsung tidak pelik. Itu semuanya menunjukan bertapa manusia memikir reka bentuk susunatur Tw yang lebih baik ( kompetitif ) untuk memujuk burung walet lebih cepat menginap dan membina sarang. 
Bagi design pangaturan Tw seperti di atas langsung menunjukan bertapa pereka sistem suara dalam rumah burung walet itu terlalu jahil tentang keperluan dan kehendak burung walet muda.
Susunatur sebegitu mungkin sesuai di kawasan yang kurang persaigan atau tiada saingan langsung dan ini terbukti bahawa susunatur sebegitu tidak mendatangkan "Single Nest" dalam Rbw diatas bagi tempoh 15 bulan.
Sound sistem design merupakan perkara penting diantara yang terpenting bagi memikat burung walet muda menginap dan bersarang lebih awal dalam rumah burung walet anda.

Thursday, May 8, 2014

KONSEP PANGGIL TURUN

Pengaturan populasi burung walet bagi setiap tingkat dalam Rbw seharusnya seimbang bagi menggelak tingkat paling atas dipenuhi dengan Burung walet berbanding dengan tingkat bawah. Kepadatan Burung walet di tingkat atas sedikit sebanyak menganggu perkembangan populasi Bw bagi sesebuah Rbw. Untuk menggelak keadaan ini  terus berlaku bagi Rbw yang sudah dihuni, anda mesti mempunyai kemampuan memanipulasi sistem suara dan atau sistem pencahayaan untuk menggalak burung walet turun dan menetap di tingkat bawah. Konsep Panggil Turun adalah idea yang sedia ada tetapi di tambah baik untuk mengurangkan Stress Bw akibat daripada pengaplikasian konsep tersebut.

Semasa mereka bentuk Rumah burung walet   penetapan lokasi LAL adalah sangat dititik berat untuk menggelak keadaan diatas berlaku didalam sesebuah Rbw .Kegagalan mengenalpasti lokasi terbaik Lubang antara lantai ( LAL ) adalah punca utama kepada kelembapan perkembangan populasi Bw dalam Rbw.
Rbw ini sudah mempunyai kepadatan populasi walet yang tidak seimbang diantara setiap tingkat. Konsep panggil turun mesti di aplikasi dengan seberapa segera untuk mengimbangi penghuninya.

Saturday, May 3, 2014

Suhu nesting Plank



average suhu pada Np sekitar 30.8oC

Monday, April 28, 2014

Pengalaman mendahului keegoan

Sepanjang melawat dan membuat penilaian melalui post mortem keatas beberapa buah Rbw selama ini, permasalahan yang sering terjadi ialah ketinggian tidak memadai, kepadatan tinggi Rbw setempat, Kondisi dalaman yang buruk dan terlalu kurang motivasi pengusaha untuk mengubah pencapaian Rbw. Segala permasalahan tentang  Rumah Burung Walet InsyaALLAH boleh diselesaikan seandainya pemilik mempunyai motivasi dan keinginan yang tinggi untuk menaikan taraf Rbw gagal kepada tiga kategori;
a  Rbw lambat kadar mempopulasi
b  Rbw sederhana kadar mempopulasi
c  Rbw cepat kadar mempopulasi
Bagi kategori ( a ) ia boleh lagi dinaik kpd kategori ( b ) atau ( c ). 
Sekiranya anda masih ragu- ragu tentang pretasi Rbw, mintalah nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini.

Sunday, April 27, 2014

Jadual lawatan terbaru

Lawatan dan post mortem Rumah Burung Walet bermula  01/05/14 hingga 03/05/14

Tarikh                                                     Tempat

01/05                      Rbw764 Pasir Puteh Kelantan                                                          dan/ mungkin Jerteh 

02/05                         Padang Midin kuala Trg. 

                                                                                  03/02                           Kuala Besut N Rbw   Sempadan                                                                                       Terengganu

Itu saja yang termampu untuk sesi lawatan n PM  kali ini.. InsyaALLAH.

Testing humidifier


Wednesday, April 23, 2014

seminar pertama untuk ahli Pwm di Tok Bali P. Putih Kelantan


Tuesday, April 22, 2014

Hobi Baru


Monday, April 21, 2014

Pokok Gaharu

Keadaan Pokok Gaharu yang berumur +- 4Tahun. Nama Spesies Pokok gaharu ini saya sudah Lupa???


Friday, April 18, 2014

Kekeliruan antara HUKUM dan PANDANGAN

2.karena suara inap sangat sensitif sekali salah2 memakai walet yg menetap akan kabur ke RBW lain.

Saya tidak berapa setuju dengan statement diatas , Pandangan peribadi tidak mengambarkan kesahihan sesuatu isu. Sesuatu isu perlu di sokong dengan data atau teori yang di sepakati oleh mereka yang pakar atau arif dalam bidang masing.Statement diatas sepatutnya bermula  "Pada pandangan saya/ pada firasat saya/ mengikut pengalaman saya/ apa saja statement yang bermaksud pandangan seseorang ". Bukannya statement yang memberi gambaran sesuatu idea itu adalah perkara yang wajib dipatuhi sekiranya ingkar mendatangkan kemudaratan ( Kabur )kepada  sesebuah Rbw.Sifat yang boleh mendatang bencana atau mudarat hanya ada pada sesuatu  "hukum" kerana sifat " HUKUM"Ke sudah SAHIH lagi NYATA.

Thursday, April 17, 2014

Update Jadual lawatan

Lawatan dan post mortem Rumah Burung Walet bermula  01/05/14 hingga 03/05/14

Tarikh                                                     Tempat


01/05                                                                                              Rbw764 Pasir Puteh Kelantan                             dan mungkin Jerteh

02/05                                                                                            Padang Midin kuala Terengganu

03/05                                                                                              Kuala Besut N Rbw Sempadan                              Terengganu

Itu saja yang termampu untuk sesi lawatan n PM  kali ini.. InsyaALLAH.

Tuesday, April 15, 2014

Reka Bentuk Turbine



Reka bentuk Turbine yang terbaru

Siri  penambahbaikan keatas reka bentuk turbine  di buat secara berterusan untuk meningkat keberkesanan SGS beroperasi di dalam Rumah Burung Walet.

Monday, April 14, 2014

Lawatan susulan dan post mortem bagi bulan May 2014

Lawatan dan post mortem Rumah Burung Walet bermula                                    01/05/14 hingga 03/05/14

Tarikh                                                     Tempat


01/05                                                                        Rbw764 Pasir Puteh Kelantan
02/05                                                                         free
03/05                                                                         Kuala Besut N Rbw Sempadan Terengganu

Sunday, April 13, 2014

Strange tweeter Arrangement

Ini kali pertama saya jumpa cara pemasangan tweeter yang paling ganjil semenjak saya terlibat dengan perladangan burung walet. Apapun hasrat dan tindakan anda, pastikan ia di bawah kawalan anda supaya tidak memudarat perkembangan burung walet dalam Rbw. Teknik susunatur sebegini tidak mendatang single feaces/ dropping bagi Rbw di bawah. Walau bagaiamanapun tuan punya mengambil langkah yang tepat iaitu mendapat nasihat pakar untuk menilai  prestasi perkembangan burung walet dalam tempoh 3 bulan selepas beroperasi. Susunatur tweeter adalah perkara yang terpenting diantara yang terpenting bagi memikat burung walet bersarang dengan cepat dalam persekitaran yang competitive.

Monday, April 7, 2014

Nampak simple mungkin ada kesan yang ketara



Cuba kaedah mengukur pertambahan populasi baru  dengan memanipulasi susunatur tweeter luar untuk  tempoh 6 bulan daripada sekarang  .Pernilaian  akan dibuat dalam tempoh itu

Thursday, April 3, 2014

Feadah yang sudah dituai....

Keadaan terbaru kolam takungan air di atas bumbung dan hampir keseluruhan herba sudah mati kerana cuaca panas. Pertumbuhan herba akan berlaku bila monsoon timur laut bermula tidak lama lagi bermula bulan April ini.
Kolam bumbung hampir kering






Herba mula tumbuh kembali

Dua komponen diatas memberi sumbangan yang sangat besar kepada perkembangan populasi burung walet dalam Rbw764 ini. Pengekalan kedua dua ciri ini sudah tentu memberi faedah yang cukup bernilai kepada Rbw764 dulu,kini dan di masa akan datang...InsyaALLAH