Urusniaga dalam bulan julai dan ogos tidak menunjukan harga sarang arah menurun. Bagi mereka yang mempunyai Rbw, produksi sarang menjadi satu rahmat ketika keadaan persekitaran ekonomi yang suran sekarang.
Meneroka, membina dan memajukan kemahiran Baru Dalam Bidang "swiftlet farming".
Pengusaha Rumah Gelap

Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik
Swiftlet Hunter

Sunday, August 14, 2016
Harga sarang masih lagi kompetitif
Wednesday, August 3, 2016
Nampak hebat tapi bahaya.
Ladang bumbung adalah satu idea yang murni tetapi kemurnianya akan membahayakan Rbw itu sendiri sekiranya satu komponen dalam sistem ini tidak berfungsi iaitu "Maintainance". Keselamatan rbw ini pada tahap paling rendah sekarang sekiranya tiada langkah memotong kangkung tersebut. Belting sudah boleh di timbusi bila-bila masa oleh haiwan jenis merayap.. semoga Allah melindungi Rbw ini.
Wednesday, July 6, 2016
Saya Hampir Kaya dengan Suara Ini... Alhamdullillah
Sudah 4 tahun suara ini mencurahkan ketulan emas putih dalam Rumah Burung Walet saya, maka pada hari ini saya ingin kongsikan suara yang banyak menakbur bakti kapada Rbw saya selama.
Cara penggunaan suara ini untuk mendapat kesan yang positif , disarankan bagi suara external dan internal menggunakan suara yang sama ( VIMP ).Maksudnya tiada suara lain selain daripada suara VIMP dalam Rbw anda. Yakinlah dengan cara saya ini. Good Luck
Sila Click link di bawah untuk download VIMP
http://www.mediafire.com/download/fjpebl6jacp8eb0/VI_MP.mp3
Cara penggunaan suara ini untuk mendapat kesan yang positif , disarankan bagi suara external dan internal menggunakan suara yang sama ( VIMP ).Maksudnya tiada suara lain selain daripada suara VIMP dalam Rbw anda. Yakinlah dengan cara saya ini. Good Luck
Sila Click link di bawah untuk download VIMP
http://www.mediafire.com/download/fjpebl6jacp8eb0/VI_MP.mp3
Tuesday, June 14, 2016
Kaedah Try n Error menguji keberkesanan Jus Berahi
Ujian demi ujian untuk menilai keberkesanan Jus Berahi memikat burung walet menginap dan bersarang di dalam sesebuah Rbw. Kesan secara langsung yang dapat dilihat ialah burung walet terbang berputar putar di dalam RR dan burung walet juga kelihatan " Galak" di luar Rbw.
Friday, June 10, 2016
Suasana Ceria, Santai dan bergaya!!
Pertemuan, jualbeli dan perbincangan yang diadakan pada 7 jun lalu banyak memberi input baru tentang perladangan burung walet kepada Ahli PWM yang hadir.
Super A atau triple A Rm 3700.00
Menyumbang Jus Berahi untuk Ahli PWM
![]() |
Dua kiri Pak Andy |
![]() |
Perbincangan secara santai berkaitan cara mendapat sarang Plontos atau Triple A |
Sunday, May 29, 2016
Musim baru lebih bergaya
Musim baru disambut dengan kehijauan herba dan takungan air yang memukau penghuni Rbw ini. Kaedah ladang bumbung yang dilhamkan ini, memberi impak yang luar biasa terhadap perkembangan populasi burung walat.
Namun begitu kaedah ini boleh memberi kesan yang buruk kepada kayu sirip sekiranya berlaku kebocoran pada Ladang Bumbung tersebut
Tuesday, May 24, 2016
Hari ini di Indonesia
Saya kagum dengan rakyat indonesia tanpa jemu teruss membangun Rbw walaupun keadaan ini sudah jarang kelihatan di Malaysia.
Harga sarang semakin baik sekarang membolehkan pengusaha mengaut keuntungan yang sangat lumaya .
Monday, May 16, 2016
Impian sepanjang zaman
Bukan saja anda berminat dengan kualiti sarang ini, tetapi seluruh warga pengusaha berusaha dengan gigih untuk mendapat sebanyak mungkin sarang seperti ini. Saya masih lagi meneruskan kajian untuk mendapat kualiti sarang yang menjadi idaman pengusaha rumah burung walet walet tulen.... InsyaALLAH.

Sunday, May 8, 2016
Berita ini bukan luarbiasa!!
Tuesday, May 3, 2016
Reka Bentuk Berkesan - Mampu Bertahan Dalam Cuaca Extreme!!
Suhu slate tingkat 1
![]() |
Suhu slate bumbung |
Walaupun cuaca di Pantai Timur sangat extreme sekarang, suhu Slate Rbw ini masih boleh bertahan pada suhu yang munasabah terutama Slate bumbung( Naked slate ) yang biasa mencapai suhu minima 34oC dan ke atas sekiranya tiada lapisan penebat atau bumbung di atas slate.
Peringkat Reka Bentuk Rbw merupakan perkara yang sangat penting dalam pembinaan rumah burung walet. Cabaran memikat burung walet menjadi lebih payah, sukar dan kecewa sekiranya pengusaha membuat kesilapan atau mendapat nasihat dari mereka yang ketandusan ilmu dan kemahiran dalam perladangan burung walet.
Dalam keadaan cuaca yang extreme sekarang Pengusaha Rbw ini masih lagi tersenyum lebar.. Allamdullilah kerana haba panas di luar sekarang masih tidak dapat mengucar- kacir kestabilan suhu dalam Rbw tersebut. Malah bukan itu saja, pertambahan hasil terus berlaku...
Tuesday, April 26, 2016
Kegunaan humidifier untuk operasi rumah burung walet- Anda perlu faham!
Saya baru terima humidifier di bawah untuk membuat kajian bukan untuk menurunkan suhu dalaman rumah burung . Aplikasi mesin ini bertujuan untuk menambah kelembapan mengikut apa yang di kehendaki oleh pengusaha itu sendiri. Kesemua Rbw saya dan di bawah selian saya tidak menggunakan mesin ini untuk tujuan menurun suhu ataupun menambah kelembapan.
Bagi mendapat kestabilan suhu dalaman, saya menyelesaikan perkara pokok ini di peringkat reka bentuk rumah burung walet bukanya selepas 5 tahun operasi Rbw. Konsep menggunakan Humidifier untuk menurunkan suhu dalaman Rbw adalah sangat dangkal kerana ia memberi kesan buruk kepada kayu sirip dan kemungkinan juga boleh menyebabkan " Sarang Lumut". Teknik menurun suhu dan teknik meningkat humiditi adalah dua perkara yang berbeza dan ia tidak mampu dilaksanakan oleh Humidifier secara serentak. Kebanyakkan pengusaha Rbw yang berjaya tidak menggunakan Humidifier bagi tujuan menurunkan suhu dalaman Rbw tetapi digunakan untuk menambah kelembapan/ humiditi dalaman Rbw mereka.
Friday, April 22, 2016
rintangan satu permasalahan
Apa itu rintangan? Apakah kepentingan kepada pengusaha rumah burung walet?. Rintangan Merupakan penentangan terhadap pengaliran arus. Faktor faktor mempengaruhi rintangan ialah suhu, luas permukaan atau diameter cable,sifat bahan pengalir dan panjang cable.
Semua faktor di atas sangat berkait rapat dengan sistem suara yang mempunyai komponen komponen terutama tweeter dan cable yang selalu memberi masalah kepada dalam sistem suara dalam Rbw. Tanda tanda kewujudan rintangan tinggi ialah:

i. Seluruh tweeter pada tingkat tertentu tidak mengeluarkan bunyi ( sekiranya litar dibina secara berasingan bagi setiap tingkat )
ii. Terdapat tweeter yang mengeluar bunyi dan tidak mengeluar bunyi pada litar yang sama bagi litar selari.
Kedua -dua keadaan di atas sering terjadi pada litar sistem suara dalam rumah burung walet. Ada juga laporan dari pengusaha, seluruh tweeter tidak mengeluar bunyi disebakan oleh hanya satu tweeter sahaja yang mengalami rintangan tinggi, Sekiranya keadaan ini berlaku pengusaha perlu menguji nilai rintangan bagi setiap tweeter dalam litar tersebut.
Monday, April 11, 2016
Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dan merosakkan industri
Due to the high economic value of Edible birds Nest, irresponsible manufacturers often incorporated
adulterants such as tremella fungus (Tremella fuciformisis), karaya gum (Sterculia urens), red
seaweed, pig skin, egg white and vermicelli rice to increase the overall nett weight and size of
the Edible birds nest. These compounds are used as adulterants due to the similarities in colour, taste and
texture with the genuine bird’s nest salivary cement which is difficult to be detected by naked
eyes.
Bahan bahan yang campur bersama dengan sarang burung walet;
1. Tremella fungus
2. Karaya Gum
3. Red seaweed
4. Pig skin
5. Egg white
Bahan di atas di campur untuk menambah berat dan saiz sarang burung walet.
Bahan bahan yang campur bersama dengan sarang burung walet;
1. Tremella fungus
2. Karaya Gum
3. Red seaweed
4. Pig skin
5. Egg white
Bahan di atas di campur untuk menambah berat dan saiz sarang burung walet.
Tuesday, April 5, 2016
Siapa saja boleh menghasilkan Rbw berprestasi rendah
Ciri - ciri rumah burung walet berprestasi rendah boleh dilihat dengan jelas pada nesting plank yang kelihatan gersang dengan sarang burung walet.
Walau sehebat mana pun nama anda atau kepakaran anda yang anda canang dalam industri burung walet, ia akan reflect kepada ketidakupayaan dan ketidakmampuan anda memikat burung walet sekiranya nesting plank kelihatan sama seperti 5 atau 10 tahun yang lampau. Bagi anda yang memiliki Rbw dan mempunyai kesamaan dengan Rbw seperti di bawah, saya sarankan anda mendapat nasihat mereka yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam industri ini. Menunggu hasil daripada Rbw berprestasi rendah seperti itu..... Ibarat Mengharap Batu Menjadi Emas
Tuesday, March 29, 2016
Anda bercakap tentang rekabentuk atau "Design"- Anda Faham!
You can see the messages you swallow ???????)
When I go into a swallow behind the house, just to see the swallows roaming room to tell you a very important message. But I do not understand why the master did not notice until it is very important message. These are the swallows tell you a message, if you know how to analyze, redesign according to swallow bird house posts, accuracy is very positive.
It is certain that this bird house interior good environment, humidity, temperature, light and so well under control, but the number of swallows has so little, why? ? ?
In fact, the real problem is in many bird house bird house design, especially roaming room. Many people tend to ignore the bird house design, resulting in failure of the bird house. This bird house design is difficult to swallow cause enter Yan house. In these four years, it is already swallows tell you how to design, but many people did not notice the swallows message.
Reka bentuk atau design melibatkan lukisan bangunan, bahan binaan, saiz , orientasi dan sebagainya . Reka bentuk Rumah Burung Walet adalah perkara terpenting diantara perkara penting. Design akan menentukan kestabilan suhu, good flying path, pencahayaan, humiditi lebih tinggi dan options kepada Burung Walet untuk menentukan tempat membina sarang. Majority diluar sana memahami " design " hanyalah lukisan bangunan termasuk penulis artikel di atas....
Reka bentuk atau design melibatkan lukisan bangunan, bahan binaan, saiz , orientasi dan sebagainya . Reka bentuk Rumah Burung Walet adalah perkara terpenting diantara perkara penting. Design akan menentukan kestabilan suhu, good flying path, pencahayaan, humiditi lebih tinggi dan options kepada Burung Walet untuk menentukan tempat membina sarang. Majority diluar sana memahami " design " hanyalah lukisan bangunan termasuk penulis artikel di atas....
Friday, March 18, 2016
Rumit tapi banyak kebaikan
Usaha ini memberi manfaat besar pada musim kemarau seterunya memamtapkan lagi kondisi dalaman dan menyumbang kepada pertambahan sarang yang luarbiasa walaupun berada di kawasan yang lebih 300 buah rumah burung walet dalam 10 kilometer radius. Kemampuan daya saing Rbw ini merupakan faktor utama meraih hasil yang lumaya... Pengetahuan dan kemahiran aras tinggi penting untuk terus bersaing dalam memikat haiwan yang berbulu pelepah ini...... ALhamdullillah.
Thursday, March 10, 2016
Terjemah khalayan kepada lukisan.
Sudah lebih daripada 6 bulan membuat khayalan minda bagi menghasilkan sebuah lukisan Rbw idaman yang kompetan. Rbw ini direkabentuk semata mata untuk bersaing dengan rbw di sekitarnya.
Tuesday, March 1, 2016
Lawan Tetap Lawan IsyaALLAH Sampai bila blia
Pengeluaran burung walet secara mesin tetasan ( hatchery )dan membela burung walet untuk produksi sarang bukan perkara baru dan ia sudah berkali kali gagal sebelum ini. Saya secara peribadi dari dulu, sekarang, dan selama lamanya InsyALLAH.. menentang keras usaha membiak burung walet secara mesin penetasan buatan dan membela sehingga dewasa atau mengurung atau melepas kembali kepada Alam sekitar .
Sekiranya anda seorang yang jujur dan berpengetahuan Luas dalam Animal Health atau Animal science Atau Animal Production, pastinya gusar dengan tingkah laku ini yang akan mengundang malapetaka kepada industri burung walet dunia. Banyak bukti yang jelas lagi nyata, campur tangan manusia untuk manipulasi benda hidup mengundang pelbagai masalah baru yang bakal meruntuh industri benda hidup itu sendiri.
Kurang pasti atau bingung dengan komen saya, hubungi wanzulswiftlet at 0111 3399 353.
Sekiranya anda seorang yang jujur dan berpengetahuan Luas dalam Animal Health atau Animal science Atau Animal Production, pastinya gusar dengan tingkah laku ini yang akan mengundang malapetaka kepada industri burung walet dunia. Banyak bukti yang jelas lagi nyata, campur tangan manusia untuk manipulasi benda hidup mengundang pelbagai masalah baru yang bakal meruntuh industri benda hidup itu sendiri.
Kurang pasti atau bingung dengan komen saya, hubungi wanzulswiftlet at 0111 3399 353.
Subscribe to:
Posts (Atom)