Alhamdullillah, kerja - kerja yang berkaitan pemeriksaan, lawatan dan baik pulih Rumah Burung walet di sekitar 2 negeri iaitu kelantan dan terengganu akan bermula pada awal bulan November dan berakhir pada bulan Disember tahun ini InsyALLAH ;
i. Rbw Encik suffian 28/10
ii. Rbw Marang 29 dan 30/10
iii. Rbw bukit Payung dan 1/11
Rbw kuala Brang
iv. Rbw kuala terengganu dan 2/11
Rbw Batu Rakit
V. Rbw Setiu 3/11
Vii. Rbw tumpat 26/11 - 30/11
Vii Rbw Kuala Krai 10/12
ix. Rbw Ciku 11/12
x Rbw Sendiri ?
sekiranya rbw anda tiada dalam jadual di atas tolong inform saya secepat mungkin.
Meneroka, membina dan memajukan kemahiran Baru Dalam Bidang "swiftlet farming".
Pengusaha Rumah Gelap

Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik
Swiftlet Hunter

Monday, October 17, 2016
Lawatan Mesra, Membuat Inspection dan membaiki pulih rumah burung walet sepanjang bulan November dan Disember 2016.
Saturday, October 15, 2016
Serawak King..... Perbezaan tempat bukanlah halangan
Serawak King mampu berfungsi dengan sangat baik di mana- mana Rbw di seluruh malaysia
V1_ Rumah Burung Walet di Terengganu
V2_ Rumah Burung Walet di Beluran Sabah
V3_ Rumah burung Walet di Beluran Sabah. Owner yang Sama dengan V2
Sunday, September 25, 2016
Anda Perlu Swiftlet Humidistat Pintar dan Handal untuk menjadikan Rbw Anda lebih kompeten
keperluan menjadi rumah burung walet (Rbw ) menarik perhatian dan berkembangbiak dalam rbw, memerlukan usaha dan teknologi khusus untuk terus kompeten dalam perladangan burung walet. Swiftlet Humidistat direka khas untuk terus berfungsi secara pintar dan tahan lasak di dalam rbw anda.


Swiftlet Humidistat Standard Unit
Saturday, September 24, 2016
Fahamilah keperluan kelembapan di dalam Rumah Burung Walet Anda
Kayu sirip berkulat/berfungus/berlumut merupakan satu malapetaka bagi sesebuah Rbw. Malapetaka ini berkaitan dengan kelembapan/ humiditi yang tidak di selenggara dengan baik dalam sesebuah Rbw. Penyelenggaraan humiditi dalam Rbw sangat senonim dengan gabungan dua (2) teknologi masa kini iaitu Hygrostat/ Humidistat dan Mesin kabus/Humidifier/ Mesin Mistmaker.
Penggunaan Sensor kelembapan/Hygrostat/Humidistat yang sempadan/sesuai dengan kondisi dalam Rbw sangat penting untuk mengelak kegagalan Sensor Kelembapan berkerja seperti yang di kehendaki oleh Pemilik Rbw. Pertumbuhan koloni fungus dan Fenomena "Banjir" dapat di elakan sekiranya Anda menggunakan Swiftlet Humidistat.

Swiftlet Humidistat
![]() |
Warna putih pada papan sirip merupakan koloni Fungus yang muncul akibat pengawalan kelembapan yang lemah. |
![]() |
Warna hitam pada papan sirip adalah koloni Fungus yang sudah Matang dan berbau busuk. |
Monday, September 19, 2016
Kisah Sebuah Rumah Burung Walet yang bernilai jutaan Ringgit
Sebuah Rumah Burung Walet terletak di daerah Setiu Terengganu merupakan Rbw yang biasa-biasa sekiranya anda lihat daripada luar bangunan. Keunikan sangat terselah apabila anda meneroka lebih lanjut kedalam Rbw itu dengan melihat keunikan senibina papan sirip, kolam ikan, lubang Naga ( RR ) dan Tangga . Bagi saya adalah sesuatu yang baru dan hebat kerana saya belum pernah melihat reka bentuk dalaman yang begitu unik tapi Dangkal dengan ilmu dan kemahiran memikat burung walet pengusaha atau pencentus idea ini.
Sesuatu rekaan yang baru walaupun unik, mesti melalui ujian tertentu untuk menilai keberkesanan dan mengurang risiko sesuatu produk tidak mendapat sambutan daripada kumpulan sasaran ( burung walet ) untuk masuk, tidur dan membiak.
Pelaburan yang begitu besar hanya mendapat pulangan beberapa ketul Taik burung walet dalam Tempoh 5 tahun, menunjukan kegagalan secara "Total" pengusaha yang juga berfungsi sebagai pemikat Burung Walet 'debet Pres'. Pelaburan 2 juta ringgit bagi " single Project" dalam perladangan burung walet menyerlah lagi kedangkalan ilmu dan kemahiran memikat burung pengusaha tersebut atau siapa saja yang terlibat dalam pelaburan ini.
Tindakan meminta pertolongan wanzul swiftlet untuk membuat pemeriksaan, menilai dan mencadang tindakan seterusnya merupakan satu langkah yang tepat dan bijak untuk menyelamat Rbw ini runtuh dibadai Angin Laut yang tanpa jemu seperti saya juga tidak pernah jemu menambah ilmu dan kemahiran walaupun sudah professional dalam industri ini.
Terdapat lapan Unit Piramid dalam Rbw ini
Papan sirip Bentuk Piramid
Lubang Naga
Tuesday, August 30, 2016
Kemahiran memanipulasi suara bagi sesebuah Rumah Burung Walet
Salam merdeka buat rakyat Malaysia.
Satu perkara yang nampak signifikan tentang pertambahan sarang dalam Rbw teman apabila di nilai pada hujung minggu lepas ialah perkaitan dengan Kemahiran memanipulasi/susunatur/permainan suara dalam dan suara luar.
Apa yang menarik di sini ialah pertambahan sarang secara mendadak pada ruang nesting yang paling tidak digemari walet sebelum ini . Sekiranya ia terus berkembang, maka sesuatu yang baru dan berharga buat saya sebagai pemikat burung walet professional.
Satu perkara yang nampak signifikan tentang pertambahan sarang dalam Rbw teman apabila di nilai pada hujung minggu lepas ialah perkaitan dengan Kemahiran memanipulasi/susunatur/permainan suara dalam dan suara luar.
Apa yang menarik di sini ialah pertambahan sarang secara mendadak pada ruang nesting yang paling tidak digemari walet sebelum ini . Sekiranya ia terus berkembang, maka sesuatu yang baru dan berharga buat saya sebagai pemikat burung walet professional.
Thursday, August 18, 2016
kehebatan Palsu
Sambutan burung walet terhadap Rbw di atas memang hebat. Daripada video itu gambaran seolah - olah Rbw itu mengutip/harvast berkilo kilo sarang sebulan atau semusim. Tiada kecacatan yang melampau pada persekitaran luar ( external ) malah begitu Gah sekali kelihatannya.
Di sebalik kehebatan Palsu ini, pengusaha Rbw tersebut memendam seribu kekecewaan kerana prestasi Hambar " Rumah Gelap" yang menjanjikan Jutawan Pasif kepada pengusahanya.
Bagi mengembalikan tarikan burung walet kepada Rumah Burung Walet ini, pelbagai sudut akan dianalisa dan dinilai untuk mengenalpasti ketidakupayaanya memikat burung walet selama ini.... InsyALLAH.
Sunday, August 14, 2016
Harga sarang masih lagi kompetitif
Urusniaga dalam bulan julai dan ogos tidak menunjukan harga sarang arah menurun. Bagi mereka yang mempunyai Rbw, produksi sarang menjadi satu rahmat ketika keadaan persekitaran ekonomi yang suran sekarang.
Wednesday, August 3, 2016
Nampak hebat tapi bahaya.
Ladang bumbung adalah satu idea yang murni tetapi kemurnianya akan membahayakan Rbw itu sendiri sekiranya satu komponen dalam sistem ini tidak berfungsi iaitu "Maintainance". Keselamatan rbw ini pada tahap paling rendah sekarang sekiranya tiada langkah memotong kangkung tersebut. Belting sudah boleh di timbusi bila-bila masa oleh haiwan jenis merayap.. semoga Allah melindungi Rbw ini.
Wednesday, July 6, 2016
Saya Hampir Kaya dengan Suara Ini... Alhamdullillah
Sudah 4 tahun suara ini mencurahkan ketulan emas putih dalam Rumah Burung Walet saya, maka pada hari ini saya ingin kongsikan suara yang banyak menakbur bakti kapada Rbw saya selama.
Cara penggunaan suara ini untuk mendapat kesan yang positif , disarankan bagi suara external dan internal menggunakan suara yang sama ( VIMP ).Maksudnya tiada suara lain selain daripada suara VIMP dalam Rbw anda. Yakinlah dengan cara saya ini. Good Luck
Sila Click link di bawah untuk download VIMP
http://www.mediafire.com/download/fjpebl6jacp8eb0/VI_MP.mp3
Cara penggunaan suara ini untuk mendapat kesan yang positif , disarankan bagi suara external dan internal menggunakan suara yang sama ( VIMP ).Maksudnya tiada suara lain selain daripada suara VIMP dalam Rbw anda. Yakinlah dengan cara saya ini. Good Luck
Sila Click link di bawah untuk download VIMP
http://www.mediafire.com/download/fjpebl6jacp8eb0/VI_MP.mp3
Tuesday, June 14, 2016
Kaedah Try n Error menguji keberkesanan Jus Berahi
Ujian demi ujian untuk menilai keberkesanan Jus Berahi memikat burung walet menginap dan bersarang di dalam sesebuah Rbw. Kesan secara langsung yang dapat dilihat ialah burung walet terbang berputar putar di dalam RR dan burung walet juga kelihatan " Galak" di luar Rbw.
Friday, June 10, 2016
Suasana Ceria, Santai dan bergaya!!
Pertemuan, jualbeli dan perbincangan yang diadakan pada 7 jun lalu banyak memberi input baru tentang perladangan burung walet kepada Ahli PWM yang hadir.
Super A atau triple A Rm 3700.00
Menyumbang Jus Berahi untuk Ahli PWM
![]() |
Dua kiri Pak Andy |
![]() |
Perbincangan secara santai berkaitan cara mendapat sarang Plontos atau Triple A |
Sunday, May 29, 2016
Musim baru lebih bergaya
Musim baru disambut dengan kehijauan herba dan takungan air yang memukau penghuni Rbw ini. Kaedah ladang bumbung yang dilhamkan ini, memberi impak yang luar biasa terhadap perkembangan populasi burung walat.
Namun begitu kaedah ini boleh memberi kesan yang buruk kepada kayu sirip sekiranya berlaku kebocoran pada Ladang Bumbung tersebut
Tuesday, May 24, 2016
Hari ini di Indonesia
Saya kagum dengan rakyat indonesia tanpa jemu teruss membangun Rbw walaupun keadaan ini sudah jarang kelihatan di Malaysia.
Harga sarang semakin baik sekarang membolehkan pengusaha mengaut keuntungan yang sangat lumaya .
Monday, May 16, 2016
Impian sepanjang zaman
Bukan saja anda berminat dengan kualiti sarang ini, tetapi seluruh warga pengusaha berusaha dengan gigih untuk mendapat sebanyak mungkin sarang seperti ini. Saya masih lagi meneruskan kajian untuk mendapat kualiti sarang yang menjadi idaman pengusaha rumah burung walet walet tulen.... InsyaALLAH.

Subscribe to:
Posts (Atom)