Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, December 20, 2016

Vi


Saturday, December 3, 2016

Peristiwa kemenangan KING di Marang Terengganu


Alhamdullillah di panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi kemenangan kepada " King " dalam Pertempuran Besar  selama lebih kurang 90 hari di Medan pertempuran Marang Terengganu. Pelbagai strategi di atur selepas kajian terperinci di buat keatas Pihak " Lawan ". Walaupun " Lawan " King merupakan Pakar dalam perladangan burung walet ia bukan halangan kepada King untuk menumbang " Pakar" dalam masa yang cukup singkat. Kemenangan "Mudah" ini merupakan kejayaan bagi pengusaha kecil di Marang Terengganu.




 Video Hari kemenangan


Video Hari pertama " Pertempuran"

Monday, November 28, 2016

Adakah swiftlet Humidistart membantu meningkat mutu sarang burung....... jawapanya pasti ya




Sunday, November 20, 2016

Kisah serawak King Dan Inap L88 Yang Anda Ketahui



















Thursday, November 3, 2016

Demostrasi cara menggunakan humidistat dan humidifier dengan berkesan

 Bersyukur kerana berpeluang menerang penggunaan Humidifier dan sensor kelembapan kepada pengusaha burung walet di Kuala Krai kelantan Malaysia. Cara yang betul penting untuk mendapat k sarang walet bermutu Tinggi.













Monday, October 17, 2016

Lawatan Mesra, Membuat Inspection dan membaiki pulih rumah burung walet sepanjang bulan November dan Disember 2016.

Alhamdullillah, kerja - kerja yang berkaitan pemeriksaan, lawatan dan baik pulih Rumah Burung walet di sekitar 2 negeri iaitu kelantan dan terengganu akan bermula pada awal bulan November dan berakhir pada bulan Disember tahun ini InsyALLAH ;
i.     Rbw Encik suffian                28/10
ii.    Rbw Marang                         29 dan 30/10
iii.   Rbw bukit Payung dan          1/11
        Rbw kuala Brang      
iv.    Rbw kuala terengganu dan           2/11
        Rbw Batu Rakit
V.     Rbw Setiu                              3/11
Vii.   Rbw tumpat                          26/11 - 30/11
Vii   Rbw Kuala Krai                    10/12
ix.    Rbw Ciku                              11/12
x      Rbw Sendiri                           ?
sekiranya rbw anda tiada dalam jadual di atas tolong inform saya secepat mungkin.

Saturday, October 15, 2016

Serawak King..... Perbezaan tempat bukanlah halangan

Serawak King mampu berfungsi dengan sangat baik di mana- mana Rbw di seluruh malaysia



V1_ Rumah Burung Walet di Terengganu


V2_ Rumah Burung Walet di Beluran Sabah



V3_ Rumah burung Walet di Beluran Sabah. Owner yang Sama dengan V2


                                              V4 rumah burung di Sabah

Sunday, September 25, 2016

Anda Perlu Swiftlet Humidistat Pintar dan Handal untuk menjadikan Rbw Anda lebih kompeten

keperluan menjadi rumah burung walet (Rbw ) menarik perhatian dan berkembangbiak dalam rbw, memerlukan usaha dan teknologi khusus untuk terus kompeten dalam perladangan burung walet. Swiftlet Humidistat direka khas untuk terus berfungsi secara pintar dan tahan lasak di dalam rbw anda.

                   Swiftlet Humidistat With 50ft sensor wire 





                                Swiftlet Humidistat  Standard Unit 

Saturday, September 24, 2016

Fahamilah keperluan kelembapan di dalam Rumah Burung Walet Anda



Kayu sirip berkulat/berfungus/berlumut merupakan satu malapetaka bagi sesebuah Rbw. Malapetaka ini berkaitan dengan kelembapan/ humiditi yang tidak di selenggara dengan baik dalam sesebuah Rbw. Penyelenggaraan humiditi dalam Rbw sangat senonim dengan gabungan dua (2) teknologi masa kini iaitu Hygrostat/ Humidistat dan Mesin kabus/Humidifier/ Mesin Mistmaker. 
Penggunaan Sensor kelembapan/Hygrostat/Humidistat yang sempadan/sesuai dengan kondisi dalam Rbw sangat penting untuk mengelak kegagalan Sensor Kelembapan berkerja seperti yang di kehendaki oleh Pemilik Rbw. Pertumbuhan koloni fungus dan Fenomena "Banjir" dapat di elakan sekiranya Anda menggunakan Swiftlet Humidistat.


Swiftlet Humidistat


Warna putih pada papan sirip merupakan koloni Fungus yang muncul akibat pengawalan kelembapan yang lemah.





Fenomena Banjir yang akan memusnahkan koloni burung walet dan mengembang koloni fungus pada papan sirip. Kemusnahan ini berpunca daripada kegagalan sensor kelembapan yang tidak bermutu berfungsi dalam kondisi Rbw Extreme.


Warna hitam pada papan sirip adalah koloni Fungus yang sudah Matang dan berbau busuk.


Monday, September 19, 2016

Kisah Sebuah Rumah Burung Walet yang bernilai jutaan Ringgit


Sebuah Rumah Burung Walet terletak di daerah Setiu Terengganu  merupakan Rbw yang biasa-biasa sekiranya anda lihat daripada luar bangunan. Keunikan sangat terselah apabila anda meneroka lebih lanjut kedalam Rbw itu dengan melihat keunikan senibina papan sirip, kolam ikan, lubang Naga ( RR ) dan Tangga . Bagi saya adalah sesuatu yang baru dan hebat kerana saya belum pernah melihat reka bentuk dalaman yang begitu unik tapi Dangkal dengan ilmu dan kemahiran memikat burung walet  pengusaha atau pencentus idea ini.

Sesuatu rekaan yang baru walaupun unik, mesti melalui ujian tertentu  untuk menilai keberkesanan dan mengurang risiko sesuatu produk tidak mendapat sambutan daripada kumpulan sasaran ( burung walet )  untuk masuk, tidur dan membiak.

Pelaburan yang begitu besar hanya mendapat pulangan beberapa ketul Taik burung walet dalam Tempoh 5 tahun, menunjukan kegagalan secara "Total" pengusaha yang juga berfungsi sebagai pemikat Burung Walet 'debet Pres'. Pelaburan 2 juta ringgit bagi " single Project" dalam perladangan burung walet menyerlah lagi kedangkalan ilmu dan kemahiran memikat burung  pengusaha tersebut atau siapa saja yang terlibat dalam pelaburan ini.


Tindakan meminta pertolongan wanzul swiftlet untuk membuat pemeriksaan, menilai dan mencadang tindakan seterusnya merupakan satu langkah yang tepat dan bijak untuk menyelamat Rbw ini runtuh dibadai Angin Laut yang tanpa jemu seperti saya juga tidak pernah jemu menambah ilmu dan kemahiran walaupun sudah professional dalam industri ini. 





                                                       Bahagian Depan sebuah Restoran
                                        Terdapat lapan Unit Piramid dalam Rbw ini
                                            Papan sirip Bentuk Piramid

                                                  Lubang Naga

Tuesday, August 30, 2016

Kemahiran memanipulasi suara bagi sesebuah Rumah Burung Walet

Salam merdeka buat rakyat Malaysia.
Satu perkara yang nampak signifikan tentang pertambahan sarang dalam Rbw teman apabila di nilai pada hujung minggu lepas ialah perkaitan dengan Kemahiran memanipulasi/susunatur/permainan suara  dalam dan suara luar.
Apa yang menarik di sini ialah pertambahan sarang secara mendadak pada ruang nesting yang paling tidak digemari walet sebelum ini . Sekiranya ia terus berkembang, maka sesuatu yang baru dan berharga buat saya sebagai pemikat burung walet professional.

Thursday, August 18, 2016

kehebatan Palsu


Sambutan burung walet terhadap Rbw di atas memang hebat. Daripada video itu gambaran seolah - olah Rbw itu mengutip/harvast  berkilo kilo sarang sebulan atau semusim. Tiada kecacatan yang melampau pada persekitaran luar ( external ) malah  begitu Gah sekali kelihatannya.
Di sebalik kehebatan Palsu ini, pengusaha Rbw  tersebut memendam seribu kekecewaan kerana prestasi Hambar " Rumah Gelap" yang menjanjikan Jutawan Pasif kepada pengusahanya.
Bagi mengembalikan tarikan  burung walet kepada Rumah Burung Walet ini,  pelbagai sudut akan dianalisa dan dinilai untuk mengenalpasti  ketidakupayaanya memikat burung walet selama ini.... InsyALLAH.

Sunday, August 14, 2016

Harga sarang masih lagi kompetitif

Urusniaga dalam bulan julai dan ogos tidak menunjukan harga sarang arah menurun. Bagi mereka yang mempunyai Rbw, produksi sarang menjadi satu rahmat ketika keadaan persekitaran ekonomi yang suran sekarang.





Wednesday, August 3, 2016

Nampak hebat tapi bahaya.


Ladang bumbung adalah satu idea yang murni tetapi kemurnianya akan membahayakan Rbw itu sendiri sekiranya satu komponen dalam sistem ini tidak berfungsi iaitu  "Maintainance". Keselamatan rbw ini pada tahap paling rendah sekarang sekiranya tiada langkah memotong kangkung tersebut. Belting sudah boleh di timbusi bila-bila masa oleh haiwan jenis merayap.. semoga Allah melindungi Rbw ini.








Wednesday, July 6, 2016

Saya Hampir Kaya dengan Suara Ini... Alhamdullillah

Sudah 4 tahun suara ini mencurahkan ketulan emas putih dalam Rumah Burung Walet saya, maka pada hari ini saya ingin kongsikan suara yang banyak menakbur bakti kapada Rbw saya selama. 
Cara penggunaan suara ini  untuk mendapat kesan yang positif , disarankan bagi suara external dan internal menggunakan suara yang sama ( VIMP ).Maksudnya tiada suara lain selain daripada suara VIMP dalam Rbw anda.  Yakinlah dengan cara saya ini. Good Luck




                               Sila Click link di bawah untuk download VIMP

http://www.mediafire.com/download/fjpebl6jacp8eb0/VI_MP.mp3

Tuesday, June 14, 2016

Kaedah Try n Error menguji keberkesanan Jus Berahi

Ujian demi ujian untuk menilai keberkesanan Jus Berahi  memikat burung walet menginap dan bersarang di dalam sesebuah Rbw. Kesan secara langsung yang dapat dilihat ialah burung walet terbang berputar putar di dalam RR dan burung walet juga kelihatan " Galak" di luar Rbw.
















Friday, June 10, 2016

Suasana Ceria, Santai dan bergaya!!


Pertemuan, jualbeli dan perbincangan yang diadakan pada 7 jun lalu banyak memberi input baru tentang perladangan burung walet kepada Ahli PWM yang hadir.   


                                                          Rm 3350.00



                                       Super A atau triple A Rm 3700.00

                            Menyumbang Jus Berahi untuk Ahli PWM

Dua kiri Pak Andy

Perbincangan secara santai berkaitan cara mendapat sarang Plontos atau Triple A

Sunday, May 29, 2016

Musim baru lebih bergaya

Musim baru disambut dengan kehijauan herba dan takungan air yang memukau penghuni Rbw ini. Kaedah ladang bumbung yang dilhamkan ini, memberi impak yang luar biasa terhadap perkembangan populasi burung walat
Namun begitu kaedah ini boleh memberi kesan yang buruk kepada kayu sirip sekiranya berlaku kebocoran pada Ladang Bumbung tersebut








Tuesday, May 24, 2016

Hari ini di Indonesia


Saya kagum dengan rakyat indonesia tanpa jemu teruss membangun Rbw walaupun keadaan ini sudah jarang kelihatan di Malaysia. 
Harga sarang semakin baik sekarang membolehkan pengusaha mengaut keuntungan yang sangat  lumaya .