Rumah burung yang tidak mempunyai "belting" biasanya mudah terdedah dengan serangan tikus ,ular dan biawak. Ketiga tiga predator itu akan memanjat dinding bangunan sebelum masuk melalui lubang angin atau lubang burung masuk.
Gambar diatas adalah mangsa serangan tikus dan peristiwa ini memberi kesan negatif kepada burung walet yang lain. Salah satu kesan yang kurang baik
ialah perkembangan koloni dan sarang akan terbantut beberapa ketika selepas serangan di kawasan tertentu pada kayu sirip.
Pemasangan belting adalah kaedah yang terbaik untuk menghalang serangan tikus dan dua lagi pemangsa licik.
Meneroka, membina dan memajukan kemahiran Baru Dalam Bidang "swiftlet farming".
Pengusaha Rumah Gelap

Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik
Swiftlet Hunter

Friday, November 30, 2018
Mangsa kejam tikus!
Monday, November 26, 2018
Harga sarang bergantung...
Terdapat 5 perkara yang di nilai oleh pembeli sarang walet sebelum meletakkan harga bagi sesuatu sarang iaitu;
1. Warna Sarang
2. Kandungan air
3. Kandungan bulu
4. Bentuk/sudut
5. Saiz Sarang
Sarang yang akan memperolehi harga yang tinggi sekiranya;
i. Sarang Puti Beras
ii. Kandungan air kurang daripada 5%
iii. Bilangan bulu halus kurang daripada 5 helai
iv. Bersudut 180°
v. Saiz 3 jari Orang dewasa.
Sekiranya anda mempunyai ciri2 sarang di atas asing daripada yang lain dan sudah pasti anda ditawarkan dengan harga yang cukup lumaya.
Selamat memburu sarang Super A putih beras!.
1. Warna Sarang
2. Kandungan air
3. Kandungan bulu
4. Bentuk/sudut
5. Saiz Sarang
Sarang yang akan memperolehi harga yang tinggi sekiranya;
i. Sarang Puti Beras
ii. Kandungan air kurang daripada 5%
iii. Bilangan bulu halus kurang daripada 5 helai
iv. Bersudut 180°
v. Saiz 3 jari Orang dewasa.
Sekiranya anda mempunyai ciri2 sarang di atas asing daripada yang lain dan sudah pasti anda ditawarkan dengan harga yang cukup lumaya.
Selamat memburu sarang Super A putih beras!.
Sunday, November 25, 2018
Adakah ini keajaiban MOROZOBU
Hampir 6 bulan saya mengikuti perkembangan rbw Tuan L di kelantan.
Setiap kali tuan L berjumpa dgn saya beliau agak kecewa dengan perkembangan rbw yang ke 3 beliau itu. Kegelisahan dan kerisauan Tuan L sangat berasas kerana sudah 6 bulan rbw beliau tanpa seculit najis walet. Ini bererti walet langsung tidak tidur di dalam rbw beliau.
Oleh kerana beliau sangat percaya dengan suara keluaran saya maka di cuba Morozobu King pada bulan ke 7. Respon walet agak bagus pada hari pertama, semakin bagus pada hari kedua dan sangat bagus pada hari ke 3, sehingga ada burung walet tidur berdekatan dengan tweeter LMb.
Keajiban ini sukar untuk dipercayai kerana rbw beliau tidak mempunyai apa apa kelebihan berbanding dengan saingan saingan terdekat.
Peristiwa ini merupakan sesuatu yang sangat berharga buat saya kerana hanya dengan suara Morozobu dapat mengubah keadaan yang sangat teruk kepada yang sangat bagus.
Ikuti perkembangan rbw ini di Facebook wanzul swiftlet.
Wednesday, November 21, 2018
Musim hujan diluar kawalan petani walet.
Kedatangan musim terkujuh mengundang kerisauan kepada sesetengah petani walet kerana terpaksa menerima "kehadiran" benda hidup yang tidak disukai iaitu Fungus pada papan sirip.
Kelembapan yang tinggi pada musim hujan ditambah pula dengan design rbw yang "buruk" ada faktor utama kpd permasalahan kayu sirip berfungus.
Pengurusan kelembapan yang baik dalam rbw dapat mengekang pertumbuhan kulat atau fungus pada papan sirip
Monday, November 19, 2018
Awas! Kulat membantut perkembangan koloni walet
Selama hampir 10 tahun saya terlibat dalam industry perladangan burung walet, permasalahan papan sirip berkulat juga turut sama mengiringi pengalaman saya. Beberapa perkara perlu diambil perhatian untuk mengelak jangkitan kulat pada papan sirip;
i. Musim terkujuh/musim banjir
ii. Penggunaan mesin kelembapan
iii. Pengalaman dan kemahiran "Setting timer"
iv. Air bertangkung di lantai
Empat faktor di atas boleh di sabitkan dengan kewujudan kulat pada papan sirip.
Tuesday, November 13, 2018
Raptor sudah mendapat perhatian Petani walet
Gabungan raptor dan UlikMayang menjadi perhatian kepada Petani Walet sejak akhir2 ini. InsyaALLAH 2 suara ini bergabung akan membuah hasil yang menakjubkan.
Wednesday, October 31, 2018
F35 Raptor sama baik ataupun lebih baik daripada Serawak king
F35 Raptor sama baik ataupun lebih baik daripada Serawak king
Wednesday, October 3, 2018
Mengkaji tingkahlaku Burung Walet terhadap warna dan Cahaya pada Bumbung.
Thursday, September 27, 2018
Kemunculan "king " baru mengriuhkan suasana para petani walet
Hari ini Morozobu king membuktikan ia merupakan suara memikat burung walet yang sangat bagus. Kemunculan kuasa memperdayakan walet sangat di geruni oleh Persaing2 yang berdekatan dengan king baru ini.

Monday, September 17, 2018
Thursday, August 30, 2018
Penceroboh rbw yang paling di geruni masa kini
Langkah keselamatan yang perlu diambil untuk mengatasi 2 penceroboh yang sememang handal memasuki dan merompak kekayaan kita.
Monday, August 27, 2018
Jus Berahi masih lagi pilihan
Di setengah tempat Jus Berahi masih lagi pilihan utama kepada Pemikat Burung Walet untuk memperdayakan walet masuk bersarang di dalam sesebuah rbw.

Monday, July 30, 2018
Menunaikan Fardhu Haji
Aktiviti perwaletan terhenti sementara waktu untuk memberi laluan kepada
Friday, June 22, 2018
Jus Berahi Idaman Petani Walet
Tuesday, June 5, 2018
Rbw Kontena
Pelbagai cara terfikir oleh manusia untuk memiliki rbw. Memiliki sebuah atau lebih Rbw menjadikan anda seorang yang hebat. Rbw di bawah adalah drp kontena yang memerlukan " skill " yang tinggi untuk mempopulasi burung walet di dalam Rbw tersebut.
Monday, May 28, 2018
Gangguan pada Lubang Masuk Burung (Lmb)
Binaan bahagian kanan Lmb perlu dihindarkan atau dielakkan atau dihapuskan untuk memberi ruang yang lebih luas kepada burung walet berlegar legar di depan Lmb.
Sunday, April 22, 2018
Terowong komunis
Tuan rbw membina terowong untuk menyalurkan koloni dari Rbw lama ke rbw baru . Konsep ini nampak " smart" kerana rbw baru akan mendapat " pertolongan" daripada Rbw Lama.
Malang sekali Terowong Komunis ini terpaksa di tutup kerana owner kurang berpegalaman membina Terowong burung walet berbanding terowong komunis. Jadi ia sesuai untuk pergerakan komunis berbanding dengan pergerakan burung walet.
![]() |
Di belakang itu adalah Terowong Komunis. |
![]() |
Lubang terowong |
Subscribe to:
Posts (Atom)