Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, February 12, 2019

Hapuskan halagan di depan Lmb

Segala bentuk halangan perlu dihapus sekiranya ia berada di depan Lmb.
 kenyataan in adalah fakta bukanya Palsu.
Lihatlah apa yang terjadi setelah pemilik menebang pokok pinang di depan LMb itu.







Friday, February 8, 2019

RAPTOR Vsuper Mampu "Mempertahan" Rbw Anda insyaALLAH..

Persaingan merebut "emas putih" semakin sengit terutama dalam kawasan yang mempunyai kepadatan rbw yang tinggi. Perkara utama untuk memenuhi hasrat Petani Walet untuk bersaing ialah SUARA. 
RAPTOR Vsuper dijangka memenuhi keinginan Petani Walet untuk "bertarung" di dalam kawasan yang padat dengan Rumah Burung Walet.





Friday, February 1, 2019

Alhamdullillah RAPTOR Mula Memberi Impak!



Pengguna raptor pertama berkongsi kemanisan daripada rumah burung walet beliau setelah mengguna suara RAPTOR hampir 3 bulan. Tindakan menukar suara morozobu kepada raptor membuahkan hasil yang lumaya. Tiada lagi yang lebih teruja selain daripada memikul "timbunan emas" daripada Gedung Walet Sendiri.
Semoga Pengguna RAPTOR terus menikmati kekayaan langit sepanjang hayat.





Friday, January 25, 2019

Perjuangan diteruskan dengan Gagah Berani

Berbekalkan Semangat dan keberanian yang jitu akhirnya membuat hasil yang lumaya. Perjuangan "suci" untuk berada kelompok teratas akan diteruskan dengan Gagah Berani.




Tuesday, January 22, 2019

Tingkatkan Persaingan Dengan Suara Walet Yang Sudah Terbukti Handal.

Suara walet yang berkualiti sangat perlu untuk memanggil burung walet masuk, tidur dan bersarang bagi sesebuah rbw.

 





Friday, January 4, 2019

Inap L88_New Gabungan 2 Master ber 1 Jiwa.



Langkah terbaik menghasilkan suara walet yang "handal" perlu ada gabungan editor seni suara walet yang berpengalaman. Kemunculan L88_New hasil gabungan 2 masters suara walet  akan meneruskan "kehebatan" Leganda Inap L88 yang tidak asing lagi kepada dunia Walet dari dulu, kini mungkin selama lamanya. 
Semoga L88_New akan menjadi suara inap yang dapat mengatasi "kemantapan" inap L88...insyaALLAH.




Tuesday, January 1, 2019

Inovasi hari pertama 2019

   Motivasi untuk terus kekal pada "ranking" teratas merupakan suatu motivasi yang hebat bagi seseorang petani walet.   Bagi terus relevan dan berdaya saing perladangan burung walet sudah tentu Petani walet mesti mengambil langkah yang pro aktif untuk meningkatkan hasil dengan mencari cara baru atau membuat inovasi.
Bagi saya tahun 2019 tumpuan utama adalah kepada pengujian reka bentuk baru kepada sistem Audio rumah burung walet. Semoga design baru sistem audio ini akan menghasilkan sesuatu yang "significant" kepada perkembangan populasi walet di dalam Rbw.




Thursday, December 27, 2018

Jutawan sawit beralih angin.

Industri perladangan burung walet semakin mendapat tempat di hati jutawan Ladang kelapa sawit terutama di Sabah. Taukey Ladang sawit mula memperbagai kegiatan ekonomi semenjak kejatuhan teruk harga kelapa sawit di Malaysia. Tindakan ini di anggap baik walaupun agak terlewat demi meraih kekayaan maksimun dalam industri ini.
Walaupun pada hari ini saingan dalam industri agak sengit tetapi adanya
kemahiran baru memikat burung membolehkan pemain pemain baru meneroka kekayaan langit ini.



Tuesday, December 25, 2018

Halangan di depan Lmb mesti dielakkan.

Terdapat di kalangan Petani walet memandang enteng tentang halangan pokok di sekitar Rbw. Pokok pokok di sekitar rbw mempunyai jarak  yang minima dengan bangunan atau gedung walet supaya ia tidak menghalang walet untuk mendekati LMb rbw kita.
Bagi rbw di bawah pokok besar akan membantut perginapan walet ke dalam rbw dan ia akan menjadi rbw tidak berdaya saing.
Kalau anda lihat walet sedang terbang tinggi di atas Lmb! Tanpa menghirau suara atau Lmb tersebut. Situasi ini tidak memberi pilihan yang banyak kecuali hapuskan semua halangan di sekitar gedung walet itu.

Saturday, December 1, 2018

Susahnya mengawal Kelawar pemangsa!

Terdapat pelbagai pemangsa burung walet tetapi kelawar vampire sangat susah untuk diatasi. Serangan predator ini boleh bermula seawal pukul 7: 30 pm hingga awal pagi.Sehingga hari ini belum ada teknik yang berkesan menghalang predator ini daripada mencerobohi rbw kecuali dengan Autogate. 










Friday, November 30, 2018

Mangsa kejam tikus!

Rumah burung yang tidak mempunyai "belting" biasanya mudah terdedah dengan serangan tikus ,ular dan biawak. Ketiga tiga predator itu akan memanjat dinding bangunan sebelum masuk melalui lubang angin atau lubang burung masuk.
Gambar diatas adalah mangsa serangan tikus dan peristiwa ini memberi kesan negatif kepada burung walet yang lain. Salah satu kesan yang kurang baik
ialah perkembangan koloni dan sarang akan terbantut beberapa ketika selepas serangan di kawasan tertentu pada kayu sirip.
Pemasangan belting  adalah kaedah yang terbaik untuk menghalang serangan tikus dan dua lagi pemangsa licik.

Monday, November 26, 2018

Harga sarang bergantung...

Terdapat 5 perkara yang di nilai oleh pembeli sarang walet sebelum meletakkan harga bagi sesuatu sarang iaitu;
1. Warna Sarang
2. Kandungan air
3. Kandungan bulu
4. Bentuk/sudut
5. Saiz Sarang
Sarang yang akan memperolehi harga yang tinggi sekiranya;
i. Sarang Puti Beras
ii. Kandungan air kurang daripada 5%
iii. Bilangan bulu halus kurang         daripada 5 helai
iv. Bersudut 180°
 v. Saiz 3 jari Orang dewasa.
Sekiranya anda mempunyai ciri2 sarang di atas asing daripada yang lain dan sudah pasti anda ditawarkan dengan harga yang cukup lumaya.

Selamat memburu sarang Super A putih beras!.


Sunday, November 25, 2018

Adakah ini keajaiban MOROZOBU

Hampir 6 bulan saya mengikuti perkembangan rbw Tuan L di kelantan.
Setiap kali tuan L berjumpa dgn saya beliau agak kecewa dengan perkembangan rbw yang ke 3 beliau itu. Kegelisahan dan kerisauan Tuan L sangat berasas kerana sudah 6 bulan rbw beliau tanpa seculit najis walet. Ini bererti walet langsung tidak tidur di dalam rbw beliau.
Oleh kerana beliau sangat percaya dengan suara keluaran saya maka di cuba Morozobu King pada bulan ke 7. Respon walet agak bagus pada hari pertama, semakin bagus pada hari kedua dan sangat bagus pada hari ke 3, sehingga ada burung walet tidur berdekatan dengan tweeter LMb.
Keajiban ini sukar untuk dipercayai kerana rbw beliau tidak mempunyai apa apa kelebihan berbanding dengan saingan saingan terdekat.
Peristiwa ini merupakan sesuatu yang sangat berharga buat saya kerana hanya dengan suara Morozobu dapat mengubah keadaan yang sangat teruk kepada yang sangat bagus. 
Ikuti perkembangan rbw ini di Facebook wanzul swiftlet.




Wednesday, November 21, 2018

Musim hujan diluar kawalan petani walet.



Kedatangan musim terkujuh mengundang kerisauan kepada sesetengah petani walet kerana  terpaksa menerima "kehadiran" benda hidup yang tidak disukai iaitu Fungus pada papan sirip.
Kelembapan yang tinggi pada musim hujan ditambah pula dengan design rbw yang "buruk" ada faktor utama kpd permasalahan kayu sirip berfungus.
Pengurusan kelembapan yang baik dalam rbw dapat mengekang pertumbuhan kulat atau fungus pada papan sirip

Monday, November 19, 2018

Awas! Kulat membantut perkembangan koloni walet

Selama hampir 10 tahun saya terlibat dalam industry perladangan burung walet, permasalahan papan sirip berkulat juga turut sama mengiringi pengalaman saya. Beberapa perkara perlu diambil perhatian untuk mengelak jangkitan kulat pada papan sirip;
i.  Musim terkujuh/musim banjir
ii.  Penggunaan mesin kelembapan
iii.  Pengalaman dan kemahiran "Setting timer"
iv.   Air bertangkung di lantai

Empat faktor di atas boleh di sabitkan dengan kewujudan kulat pada papan sirip. 



Tuesday, November 13, 2018

Raptor sudah mendapat perhatian Petani walet

Gabungan raptor dan UlikMayang menjadi perhatian kepada Petani Walet sejak akhir2 ini. InsyaALLAH 2 suara ini bergabung akan membuah hasil yang menakjubkan.







Wednesday, October 31, 2018

F35 Raptor sama baik ataupun lebih baik daripada Serawak king

Suara walet terbaru di jangka terbaik sudah mula menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia.