Sekitar Lawatan ke Sabah Mac2018.
Ini Salah satu Rbw Berjaya tetapi mempunyai Saiz Roving Room/ Ruang Putar di bawah saiz minimum.
Walau Bagaimanapun rbw ini mempunyai ciri lain yg sangat Mantap spt;
i. Rbw terawal di kpg itu.
ii. Lokasi di Atas Bukit
iii. Menggunakan Bata Tanah Liat dan
iv. Amalan Pengurusan yg Mantap.
Sekiranya 1 keperluan diabaikan tetapi keperluan lain dipenuhi, Burung walet Masih Boleh " Memaafkan" rbw tersebut.
Meneroka, membina dan memajukan kemahiran Baru Dalam Bidang "swiftlet farming".
Pengusaha Rumah Gelap

Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik
Swiftlet Hunter

Sunday, March 17, 2019
Semakin banyak ciri~ciri yang Baik semakin kompetitif Rbw Anda.
Sunday, March 10, 2019
Pintu Kebal!
keselamatan rumah burung walet merupakan agenda penting kepada petani walet. Sekiranya perkara diabaikan maka sia sialah penat lelah petani walet sekian lama.
Salah satu komponan penting dalam keselamatan rbw ialah Pintu Kebal yang betul betul kebal!. Ciri ciri pintu kebal zaman sekarang ialah;
i. Kalis api
ii. kalis mesin grinding
iii. kunci Inovasi
Pintu kebal yang mempunyai ciri ciri di atas insyaALLAH tidak akan menjadi pilihan kepada penceroboh untuk membolosi rbw idaman kita.
Monday, March 4, 2019
Sarang Palsu satu kaedah memperdayakan burung walet
Pemasangan Sarang palsu merupakan salah satu kaedah memperdaya burung walet masuk tidur dan bersarang dengan cepat. walau bagaimanapun Pemasangan dan Penanggalan sarang palsu itu tidak boleh di buat mengikut suka Tuan Rbw.
Saya telah lama membuat kajian tentang Pemasangan dan pembuangan sarang palsu dan sekarang telah menemui teknik yang baik bagi pemasangan dan pembuanganya.
Saya telah lama membuat kajian tentang Pemasangan dan pembuangan sarang palsu dan sekarang telah menemui teknik yang baik bagi pemasangan dan pembuanganya.
Saturday, February 23, 2019
Jangan Malu, jangan Segan Rujuklah Pakar Dahulu.
Belanja membina sesebuah rbw kadang kadang memerlukan belanja puluhan malah ratusan ribu Ringgit. Sekiranya berlaku seperti gambar di bawah menyebabkan Petani Walet kerugian Masa dan Wang.
Saiz Roving ROOM atau ruang legar adalah perkara utama penentuan kepada keberhasilan rbw kita.
Saiz minima adalah 8 kaki x 8 kaki tetapi sangat tidak di galakan. Saiz terbaik adalah 10kaki x 10kaki.
Kesilapan membina saiz RR boleh membawa "padah" kepada rbw Anda.
Saturday, February 16, 2019
Semoga Pengguna RAPTOR semuanya begini
Friday, February 15, 2019
Bulan February harga mula beransur tinggi
Tuesday, February 12, 2019
Hapuskan halagan di depan Lmb
Segala bentuk halangan perlu dihapus sekiranya ia berada di depan Lmb.
Lihatlah apa yang terjadi setelah pemilik menebang pokok pinang di depan LMb itu.
Friday, February 8, 2019
RAPTOR Vsuper Mampu "Mempertahan" Rbw Anda insyaALLAH..
Persaingan merebut "emas putih" semakin sengit terutama dalam kawasan yang mempunyai kepadatan rbw yang tinggi. Perkara utama untuk memenuhi hasrat Petani Walet untuk bersaing ialah SUARA.
RAPTOR Vsuper dijangka memenuhi keinginan Petani Walet untuk "bertarung" di dalam kawasan yang padat dengan Rumah Burung Walet.
Friday, February 1, 2019
Alhamdullillah RAPTOR Mula Memberi Impak!
Pengguna raptor pertama berkongsi kemanisan daripada rumah burung walet beliau setelah mengguna suara RAPTOR hampir 3 bulan. Tindakan menukar suara morozobu kepada raptor membuahkan hasil yang lumaya. Tiada lagi yang lebih teruja selain daripada memikul "timbunan emas" daripada Gedung Walet Sendiri.
Friday, January 25, 2019
Perjuangan diteruskan dengan Gagah Berani
Berbekalkan Semangat dan keberanian yang jitu akhirnya membuat hasil yang lumaya. Perjuangan "suci" untuk berada kelompok teratas akan diteruskan dengan Gagah Berani.
Tuesday, January 22, 2019
Tingkatkan Persaingan Dengan Suara Walet Yang Sudah Terbukti Handal.
Suara walet yang berkualiti sangat perlu untuk memanggil burung walet masuk, tidur dan bersarang bagi sesebuah rbw.
Friday, January 4, 2019
Inap L88_New Gabungan 2 Master ber 1 Jiwa.
Langkah terbaik menghasilkan suara walet yang "handal" perlu ada gabungan editor seni suara walet yang berpengalaman. Kemunculan L88_New hasil gabungan 2 masters suara walet akan meneruskan "kehebatan" Leganda Inap L88 yang tidak asing lagi kepada dunia Walet dari dulu, kini mungkin selama lamanya.
Semoga L88_New akan menjadi suara inap yang dapat mengatasi "kemantapan" inap L88...insyaALLAH.
Tuesday, January 1, 2019
Inovasi hari pertama 2019
Motivasi untuk terus kekal pada "ranking" teratas merupakan suatu motivasi yang hebat bagi seseorang petani walet. Bagi terus relevan dan berdaya saing perladangan burung walet sudah tentu Petani walet mesti mengambil langkah yang pro aktif untuk meningkatkan hasil dengan mencari cara baru atau membuat inovasi.
Bagi saya tahun 2019 tumpuan utama adalah kepada pengujian reka bentuk baru kepada sistem Audio rumah burung walet. Semoga design baru sistem audio ini akan menghasilkan sesuatu yang "significant" kepada perkembangan populasi walet di dalam Rbw.

Thursday, December 27, 2018
Jutawan sawit beralih angin.
Industri perladangan burung walet semakin mendapat tempat di hati jutawan Ladang kelapa sawit terutama di Sabah. Taukey Ladang sawit mula memperbagai kegiatan ekonomi semenjak kejatuhan teruk harga kelapa sawit di Malaysia. Tindakan ini di anggap baik walaupun agak terlewat demi meraih kekayaan maksimun dalam industri ini.
Walaupun pada hari ini saingan dalam industri agak sengit tetapi adanya
kemahiran baru memikat burung membolehkan pemain pemain baru meneroka kekayaan langit ini.Tuesday, December 25, 2018
Halangan di depan Lmb mesti dielakkan.
Terdapat di kalangan Petani walet memandang enteng tentang halangan pokok di sekitar Rbw. Pokok pokok di sekitar rbw mempunyai jarak yang minima dengan bangunan atau gedung walet supaya ia tidak menghalang walet untuk mendekati LMb rbw kita.
Bagi rbw di bawah pokok besar akan membantut perginapan walet ke dalam rbw dan ia akan menjadi rbw tidak berdaya saing.
Kalau anda lihat walet sedang terbang tinggi di atas Lmb! Tanpa menghirau suara atau Lmb tersebut. Situasi ini tidak memberi pilihan yang banyak kecuali hapuskan semua halangan di sekitar gedung walet itu.
Saturday, December 1, 2018
Susahnya mengawal Kelawar pemangsa!
Terdapat pelbagai pemangsa burung walet tetapi kelawar vampire sangat susah untuk diatasi. Serangan predator ini boleh bermula seawal pukul 7: 30 pm hingga awal pagi.Sehingga hari ini belum ada teknik yang berkesan menghalang predator ini daripada mencerobohi rbw kecuali dengan Autogate.
Friday, November 30, 2018
Mangsa kejam tikus!
Rumah burung yang tidak mempunyai "belting" biasanya mudah terdedah dengan serangan tikus ,ular dan biawak. Ketiga tiga predator itu akan memanjat dinding bangunan sebelum masuk melalui lubang angin atau lubang burung masuk.
Gambar diatas adalah mangsa serangan tikus dan peristiwa ini memberi kesan negatif kepada burung walet yang lain. Salah satu kesan yang kurang baik
ialah perkembangan koloni dan sarang akan terbantut beberapa ketika selepas serangan di kawasan tertentu pada kayu sirip.
Pemasangan belting adalah kaedah yang terbaik untuk menghalang serangan tikus dan dua lagi pemangsa licik.
Gambar diatas adalah mangsa serangan tikus dan peristiwa ini memberi kesan negatif kepada burung walet yang lain. Salah satu kesan yang kurang baik
ialah perkembangan koloni dan sarang akan terbantut beberapa ketika selepas serangan di kawasan tertentu pada kayu sirip.
Pemasangan belting adalah kaedah yang terbaik untuk menghalang serangan tikus dan dua lagi pemangsa licik.
Monday, November 26, 2018
Harga sarang bergantung...
Terdapat 5 perkara yang di nilai oleh pembeli sarang walet sebelum meletakkan harga bagi sesuatu sarang iaitu;
1. Warna Sarang
2. Kandungan air
3. Kandungan bulu
4. Bentuk/sudut
5. Saiz Sarang
Sarang yang akan memperolehi harga yang tinggi sekiranya;
i. Sarang Puti Beras
ii. Kandungan air kurang daripada 5%
iii. Bilangan bulu halus kurang daripada 5 helai
iv. Bersudut 180°
v. Saiz 3 jari Orang dewasa.
Sekiranya anda mempunyai ciri2 sarang di atas asing daripada yang lain dan sudah pasti anda ditawarkan dengan harga yang cukup lumaya.
Selamat memburu sarang Super A putih beras!.
1. Warna Sarang
2. Kandungan air
3. Kandungan bulu
4. Bentuk/sudut
5. Saiz Sarang
Sarang yang akan memperolehi harga yang tinggi sekiranya;
i. Sarang Puti Beras
ii. Kandungan air kurang daripada 5%
iii. Bilangan bulu halus kurang daripada 5 helai
iv. Bersudut 180°
v. Saiz 3 jari Orang dewasa.
Sekiranya anda mempunyai ciri2 sarang di atas asing daripada yang lain dan sudah pasti anda ditawarkan dengan harga yang cukup lumaya.
Selamat memburu sarang Super A putih beras!.
Sunday, November 25, 2018
Adakah ini keajaiban MOROZOBU
Hampir 6 bulan saya mengikuti perkembangan rbw Tuan L di kelantan.
Setiap kali tuan L berjumpa dgn saya beliau agak kecewa dengan perkembangan rbw yang ke 3 beliau itu. Kegelisahan dan kerisauan Tuan L sangat berasas kerana sudah 6 bulan rbw beliau tanpa seculit najis walet. Ini bererti walet langsung tidak tidur di dalam rbw beliau.
Oleh kerana beliau sangat percaya dengan suara keluaran saya maka di cuba Morozobu King pada bulan ke 7. Respon walet agak bagus pada hari pertama, semakin bagus pada hari kedua dan sangat bagus pada hari ke 3, sehingga ada burung walet tidur berdekatan dengan tweeter LMb.
Keajiban ini sukar untuk dipercayai kerana rbw beliau tidak mempunyai apa apa kelebihan berbanding dengan saingan saingan terdekat.
Peristiwa ini merupakan sesuatu yang sangat berharga buat saya kerana hanya dengan suara Morozobu dapat mengubah keadaan yang sangat teruk kepada yang sangat bagus.
Ikuti perkembangan rbw ini di Facebook wanzul swiftlet.
Wednesday, November 21, 2018
Musim hujan diluar kawalan petani walet.
Kedatangan musim terkujuh mengundang kerisauan kepada sesetengah petani walet kerana terpaksa menerima "kehadiran" benda hidup yang tidak disukai iaitu Fungus pada papan sirip.
Kelembapan yang tinggi pada musim hujan ditambah pula dengan design rbw yang "buruk" ada faktor utama kpd permasalahan kayu sirip berfungus.
Pengurusan kelembapan yang baik dalam rbw dapat mengekang pertumbuhan kulat atau fungus pada papan sirip
Subscribe to:
Posts (Atom)