Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Thursday, May 23, 2019

Lokasi Mantap

Salah satu perkara terpenting diantara yang terpenting sebelum memulakan pembinaan sesebuah Rbw ialah mengenalpastiLokasi mantap!
Sebaik-baik lokasi joss ialah lokasi yang tiada lagi pembinaan Rbw dalam 10 Km radius.
Biasanya lokasi pilihan petani walet ialah: 
i. Kawasan bendang/sawah
ii. Kawasan tepi sungai
iii. Kawasan tanah pamah belukar
iv. Kawasan lapang
Walaubagaimanapun lokasi-lokasi lain boleh juga dibina tetapi memerlukan "skill" yang lebih tinggi untuk menarik "emas putih" beranak-pinak di dalam sesebuah Rbw
Nasihat saya hubungilah pakar peladangan burung walet yang anda percayai 

#TheBestManAlwaysWin

Tuesday, May 14, 2019

Jangan Pandang Mudah reka bentuk MH dan lobang putar

Sekiranya anda ingin membina rbw, minta lah nasihat pakar rbw. Kesilapan memilih reka bentuk boleh membawa padah pada pelaburan anda. 
Sikap mengambil mudah tentang design rbw biasanya rbw anda mudah saja ditumpaskan oleh saingan terdekat.


#TheBestManAlwaysWin

Friday, May 3, 2019

750 biji dan 2 kg unt. 2 minggu Memang Joss lah.


Angka bagi teks di bawah sangat menguja sesiapa saja dalam posisi petani walet. Bagi manusia biasa angka tersebut tidak memberi apa makna untuk membangkitkan" nafsu ingin kaya " Secara Goyang... Goyang kaki. 
Sebagai seorang Petani walet yg sudah menikmati hasil kekayaan rumah gelap angka kutipan 750 biji dan kutipan 2kg  bagi setiap 2 minggu merupakan Nikmat Kemewahan yg tidak terkata.
Semoga Petani Walet terus menikmati hasil yg sangat lumaya daripada rbw masing2.

#TheBestManAlwaysWin









Kembara walet Sabah kk →Sipitang





Sunday, April 7, 2019

Perlu penelitian yang mendalam sebelum Membina Gedung Walet.







Kebelakangan ini banyak yang kecewa kerana membina gedung walet.
Kenapa aku membina gedung walet? Sekarang aku menyesal.   Kata2 itu sebahagian drp beberapa petani walet yg kecewa. 
Membina rbw tanpa mengkaji ibarat mengali lubang kubur sendiri.
Jumpalah Pakar rbw dahulu sebelum meneruskan niat ingin kaya melalui rumah gelap Anda.

#TheBestManAlwaysWin



 





Sunday, March 17, 2019

Semakin banyak ciri~ciri yang Baik semakin kompetitif Rbw Anda.

Sekitar Lawatan ke Sabah Mac2018.

Ini Salah satu Rbw Berjaya tetapi mempunyai Saiz Roving Room/ Ruang Putar di bawah saiz minimum.

Walau Bagaimanapun rbw ini mempunyai ciri lain yg sangat Mantap spt;
i. Rbw terawal di kpg itu.
ii. Lokasi di Atas Bukit
iii. Menggunakan Bata Tanah Liat dan
iv. Amalan Pengurusan yg Mantap.
Sekiranya 1 keperluan diabaikan tetapi keperluan lain dipenuhi, Burung walet Masih Boleh " Memaafkan" rbw tersebut.

Sunday, March 10, 2019

Pintu Kebal!

keselamatan rumah burung walet merupakan agenda penting kepada petani walet. Sekiranya perkara diabaikan maka sia sialah penat lelah petani walet sekian lama. 
Salah satu komponan penting dalam keselamatan rbw ialah Pintu Kebal yang betul betul kebal!. Ciri ciri pintu kebal zaman sekarang ialah;
i.   Kalis api
                  ii.    kalis mesin grinding
      iii.   kunci Inovasi

Pintu kebal yang mempunyai ciri ciri di atas insyaALLAH tidak akan menjadi pilihan kepada penceroboh untuk membolosi rbw idaman kita. 




Monday, March 4, 2019

Sarang Palsu satu kaedah memperdayakan burung walet

Pemasangan Sarang palsu merupakan salah satu kaedah memperdaya burung walet masuk tidur dan bersarang dengan cepat. walau bagaimanapun Pemasangan dan Penanggalan sarang palsu itu tidak boleh di buat mengikut suka Tuan Rbw. 



Saya telah lama membuat kajian tentang Pemasangan dan pembuangan sarang palsu dan sekarang telah menemui teknik yang baik bagi pemasangan dan pembuanganya.

Saturday, February 23, 2019

Jangan Malu, jangan Segan Rujuklah Pakar Dahulu.


Belanja membina sesebuah rbw kadang kadang memerlukan belanja puluhan malah ratusan ribu Ringgit. Sekiranya berlaku seperti gambar di bawah menyebabkan Petani Walet kerugian Masa dan Wang. 
Saiz Roving ROOM atau ruang legar adalah perkara utama penentuan kepada keberhasilan rbw kita.
Saiz minima adalah 8 kaki x 8 kaki tetapi sangat tidak di galakan. Saiz terbaik adalah 10kaki x 10kaki.
Kesilapan membina saiz RR boleh membawa "padah" kepada rbw Anda.











Saturday, February 16, 2019

Semoga Pengguna RAPTOR semuanya begini


Friday, February 15, 2019

Bulan February harga mula beransur tinggi






Tuesday, February 12, 2019

Hapuskan halagan di depan Lmb

Segala bentuk halangan perlu dihapus sekiranya ia berada di depan Lmb.
 kenyataan in adalah fakta bukanya Palsu.
Lihatlah apa yang terjadi setelah pemilik menebang pokok pinang di depan LMb itu.







Friday, February 8, 2019

RAPTOR Vsuper Mampu "Mempertahan" Rbw Anda insyaALLAH..

Persaingan merebut "emas putih" semakin sengit terutama dalam kawasan yang mempunyai kepadatan rbw yang tinggi. Perkara utama untuk memenuhi hasrat Petani Walet untuk bersaing ialah SUARA. 
RAPTOR Vsuper dijangka memenuhi keinginan Petani Walet untuk "bertarung" di dalam kawasan yang padat dengan Rumah Burung Walet.





Friday, February 1, 2019

Alhamdullillah RAPTOR Mula Memberi Impak!



Pengguna raptor pertama berkongsi kemanisan daripada rumah burung walet beliau setelah mengguna suara RAPTOR hampir 3 bulan. Tindakan menukar suara morozobu kepada raptor membuahkan hasil yang lumaya. Tiada lagi yang lebih teruja selain daripada memikul "timbunan emas" daripada Gedung Walet Sendiri.
Semoga Pengguna RAPTOR terus menikmati kekayaan langit sepanjang hayat.





Friday, January 25, 2019

Perjuangan diteruskan dengan Gagah Berani

Berbekalkan Semangat dan keberanian yang jitu akhirnya membuat hasil yang lumaya. Perjuangan "suci" untuk berada kelompok teratas akan diteruskan dengan Gagah Berani.




Tuesday, January 22, 2019

Tingkatkan Persaingan Dengan Suara Walet Yang Sudah Terbukti Handal.

Suara walet yang berkualiti sangat perlu untuk memanggil burung walet masuk, tidur dan bersarang bagi sesebuah rbw.

 





Friday, January 4, 2019

Inap L88_New Gabungan 2 Master ber 1 Jiwa.



Langkah terbaik menghasilkan suara walet yang "handal" perlu ada gabungan editor seni suara walet yang berpengalaman. Kemunculan L88_New hasil gabungan 2 masters suara walet  akan meneruskan "kehebatan" Leganda Inap L88 yang tidak asing lagi kepada dunia Walet dari dulu, kini mungkin selama lamanya. 
Semoga L88_New akan menjadi suara inap yang dapat mengatasi "kemantapan" inap L88...insyaALLAH.




Tuesday, January 1, 2019

Inovasi hari pertama 2019

   Motivasi untuk terus kekal pada "ranking" teratas merupakan suatu motivasi yang hebat bagi seseorang petani walet.   Bagi terus relevan dan berdaya saing perladangan burung walet sudah tentu Petani walet mesti mengambil langkah yang pro aktif untuk meningkatkan hasil dengan mencari cara baru atau membuat inovasi.
Bagi saya tahun 2019 tumpuan utama adalah kepada pengujian reka bentuk baru kepada sistem Audio rumah burung walet. Semoga design baru sistem audio ini akan menghasilkan sesuatu yang "significant" kepada perkembangan populasi walet di dalam Rbw.




Thursday, December 27, 2018

Jutawan sawit beralih angin.

Industri perladangan burung walet semakin mendapat tempat di hati jutawan Ladang kelapa sawit terutama di Sabah. Taukey Ladang sawit mula memperbagai kegiatan ekonomi semenjak kejatuhan teruk harga kelapa sawit di Malaysia. Tindakan ini di anggap baik walaupun agak terlewat demi meraih kekayaan maksimun dalam industri ini.
Walaupun pada hari ini saingan dalam industri agak sengit tetapi adanya
kemahiran baru memikat burung membolehkan pemain pemain baru meneroka kekayaan langit ini.



Tuesday, December 25, 2018

Halangan di depan Lmb mesti dielakkan.

Terdapat di kalangan Petani walet memandang enteng tentang halangan pokok di sekitar Rbw. Pokok pokok di sekitar rbw mempunyai jarak  yang minima dengan bangunan atau gedung walet supaya ia tidak menghalang walet untuk mendekati LMb rbw kita.
Bagi rbw di bawah pokok besar akan membantut perginapan walet ke dalam rbw dan ia akan menjadi rbw tidak berdaya saing.
Kalau anda lihat walet sedang terbang tinggi di atas Lmb! Tanpa menghirau suara atau Lmb tersebut. Situasi ini tidak memberi pilihan yang banyak kecuali hapuskan semua halangan di sekitar gedung walet itu.