Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Wednesday, May 4, 2011

Jabatan penjara sangat berminat dengan industri burung walit

DALAM NEGERI

ARKIB : 03/03/2011

Kursus burung walet di penjara



KUALA LUMPUR 2 Mac – Jabatan Penjara Malaysia sedang meneroka bidang penternakan burung walet sebagai salah satu kemahiran untuk dipelajari banduan dalam tahanan sebagai bekalan setelah dibebaskan kelak.
Melihat kepada potensi yang ada pada penternakan burung itu, jabatan itu percaya perusahaan burung walet mampu memberi pulangan lumayan kepada banduan yang boleh menyertai kursus menternak haiwan itu yang akan diadakan di penjara tidak lama lagi.
Timbalan Pengarah Vokasional dan Industri jabatan tersebut, Jamilah Abu Hassan (gambar) berkata, perancangan untuk melaksanakan kursus kemahiran itu di beberapa penjara terpilih di seluruh negara sedang diperincikan dan ia mungkin akan dilaksanakan tahun ini.
“Setakat ini, kami telah membuat ujian suara untuk mengetahui kehadiran burung walet di 10 buah penjara yang terdapat di negara ini.
“Hasil keputusan itu, kami mendapati kesemuanya positif dan kursus kemahiran itu mungkin akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang dekat sini, hari ini.
Tambah beliau, antara penjara yang dijangka akan dijadikan pusat kemahiran penternakan itu adalah Penjara Marang, Terengganu; Pokok Sena, Kedah; Sungai Buloh, Selangor serta ibu pejabat jabatan itu di Kajang.
Jamilah juga yakin, penternakan ini mampu memberi pulangan yang baik kepada setiap banduan yang mempelajarinya kerana permintaan semasa yang tinggi ketika ini.
“Menerusi kaedah yang akan diajarkan kepada para banduan, mereka mampu menjadi pengusaha burung walet secara kecil-kecilan dan jika mampu mereka boleh melakukannya dalam skala yang besar.
“Peluang ini sekali gus memberi pulangan pendapatan yang tinggi kepada banduan kerana permintaan untuk sarang burung walet sememangnya tinggi di negara ini,” katanya.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Jabatan Penjara Malaysia akan berkerjasama dengan Jabatan Veterinar serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melaksanakan kursus kemahiran tersebut.

No comments:

Post a Comment