Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Monday, July 18, 2011

Industri walet mampu sumbang KDNK RM5b

 
INDUSTRI pemeliharaan burung walet menjadi satu lagi hasil negara apabila ia mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan dengan cara yang betul.
Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan Jabatan Veterinar, Dr Kamaruddin Mat Isa berkata, kerajaan menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020 ialah sebanyak RM523 bilion.

“Daripada jumlah itu sebanyak RM4 bilion hingga RM5 bilion disumbangan industri burung walet iaitu satu peratus daripada KDNK menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan dan Latihan Penternakan Burung Walet Antarabangsa anjuran bersama Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA), kerajaan Terengganu, Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, di Malaysia ternakan burung walet dijalankan sejak 40 tahun lalu manakala di Terengganu pula ia mula dipelihara sejak tahun 70-an. - Bernama   

 

No comments:

Post a Comment