Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Monday, July 11, 2011

Penilaian kali II keatas BH Tauke Walet Kedah

Askum. hari ini lawatan penilaian unt kali ke2 bagi Bh bersaiz 20x50x3, open roof bersaiz 8x8 , orientasi timur- barat ( melintang matahari ), bersebelahan sungai besar , kawasan laluan manusia dan ketiggian jalan pada paras 12 kaki daripada ground floor. Prestasi kurang memberangsangkan  iaitu 10 -13 sarang dalam masa 18 bulan. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada prestasi hambar ini telah di kenal pasti dan tindakan telah di ambil seperti menebuk lubang burung masuk jenis window type, sekatan bagi mengurang  cahaya dalam external roving area dan menukar sound.  Kesan positif dapat dilihat pada hari ini berbanding 2 minggu lepas. Pada pandangan saya Bh ini masih lagi tidak competitive  kerana perkara asas yang paling penting tidak dapat di buat disebabkan melibatkan kos yg tinggi. Terdapat beberapa Bh yang akan dan sedang bersaing dengan Bh ini di kawasan berdekatan .Beberapa pengajaran besar yang diperolehi dalam lawatan dan penilaian kali ini . Apapun kita akan lihat prestasi dalam masa 2 hingga 3 bulan lagi. Semoga ALLAH menambah ilmu dan keberkatan berterusan untuk saya dan anda dalam memikat burung walit dengan lebih jitu.

No comments:

Post a Comment