Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Tuesday, September 6, 2011

Issue sarang burung jenis berdarah


BEIJING 26 Ogos - Industri sarang burung di Malaysia tidak menghasilkan sarang burung walet jenis Berdarah (Merah) tetapi hanya mengeluarkan jenis Maharaja Putih, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin.
Beliau berkata, kemungkinan terdapat sebilangan kecil sarang burung berwarna merah asli yang mungkin disebabkan oleh tindak balas kimia antara air liur burung itu dengan persekitaran.
Malaysia merupakan satu-satunya negara ASEAN yang mewujudkan garis panduan menyeluruh bagi industri sarang burung bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti produk itu terjamin, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau mengadakan sidang itu bagi menyanggah beberapa laporan yang mendakwa kononnya sarang burung tercemar yang ditemui oleh badan pemantau kualiti Wilayah Zhejiang di timur China baru-baru ini adalah diimport dari Malaysia.
Manfaat sarang burung walet berfungsi sebagai makanan multi vitamin yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dan kekebalan tubuh dari serangan penyakit. - Bernama

No comments:

Post a Comment