Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Sunday, October 23, 2011

Hiduppp Perdana Menteri MALAYSIA


 Taman Perindustrian Qingzhu ikon hubungan Malaysia-China


NANNING, China 21 Okt. - Malaysia dan China bersetuju untuk membangunkan projek Taman Perindustrian Qingzhu dalam wilayah Guangxi yang melambangkan ikon hubungan erat kedua-dua negara dalam perniagaan dan perdagangan.Sementara itu, Malaysia dan China juga telah bersetuju untuk menyelesaikan isu sekatan ke atas pengeksportan produk sarang burung walet ke negara itu yang kini menjejaskan pendapatan puluhan ribu pengusaha bahan itu di Malaysia.
Najib berkata, beliau telah bertemu dengan rakan sejawatannya, Wen Jiabao hari ini bagi menyuarakan masalah yang dihadapi oleh pengusaha di Malaysia ekoran sekatan itu.
''Kita melihat jika sekatan ini diteruskan ia bakal menjejaskan kehidupan lebih 50,000 pengusaha sarang burung walet yang banyak antaranya terdiri daripada masyarakat luar bandar dan bumiputera," katanya. - UTUSAN

''Malaysia gembira kerana Jiabao maklum dan bersetuju betapa pentingnya perusahaan itu kepada rakyat Malaysia dan bersetuju agar perbincangan dapat dilaksanakan secepat mungkin agar sekatan itu dapat ditamatkan," katanya.
Sekatan tersebut dilaksanakan ekoran dakwaan produk sarang burung walet dari Malaysia didakwa mengandungi paras nitrat yang tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna...   Seperti yang saya katakan sebelum ini, anda tidak perlu ragu, resah gelisah, khuatir dan risau tentang masalah nitrate atau apa saja masalah yang berkaitan dengan industri ini. Segala permasalahan  akan diselesaikan secepat mungkin 
oleh kerajaan malaysia  disebabkan tekanan daripada kaum cina untuk menyelamat industri  yang melibatkan 93% kaum cina di Malaysia. Inilah kelebihan industri perladangan walet yang patut dilihat secara positif oleh kaum melayu.Fikir - fikirlah kaum melayu yang mempunyai banyak kelebihan dalam industri ini.......wanzulswiftlet

No comments:

Post a Comment