Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, October 21, 2011

Meninjau rumah burung walet yang berjaya

ASKUM.  Ini adalah salah sebuah Rbw yang berjaya populate burung walet dengan kadar agak cepat dalam masa 1 tahun. (  100 sarang  ). Walaupun agak berat, tauke walet kedah membenarkan saya masuk dengan syarat tidak mengambil gambar bahagian dalam Rbw ini. 


Terdapat beberapa kelainan yang saya percaya ia memberi impak yang besar kepada nesting growth bagi Rbw ini. Ciri - ciri yang saya dapat hasil lawatan ke dalam Rbw ini, sudah tentu menambahkan lagi pengetahuan, kecekapan dan kemahiran wanzulswiftlet dalam memikat burung walet dengan kadar yang lebih cepat di masa akan datang. 


Pengetahuan hasil daripada lawatan  ke Rbw yang berjaya seperti ini adalah berpuluh kali ganda lebih baik daripada mengikuti kursus penternakan burung walet yang saya pernah hadiri suatu ketika dulu yang diadakan oleh mereka yang dikata sifu, expert, pakar, professinal dan sebagainya dalam memikat burung walet.


Saya begitu yakin bahawa memikat burung walet sekarang adalah jauuuuh lebih susah berbanding 10 tahun dahulu. Kejayaan memikat burung walet sekarang bukan bergantung kepada Nasib lagi, ianya sangat sangat bergantung kepada kemahiran individu yang berpengetahuan luas dalam bidang ini. 


Pengalaman, experiment dan Lawatan sambil belajar ke Rbw yang telah berjaya,   memberi kecekapan yang tinggi ( Professional ) kepada wanzulswiftlet dalam perladangan burung walet di malaysia. 
open roof type Bh

No comments:

Post a Comment