Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Thursday, November 1, 2012

Seminar niaga sarang burung walet


KUCHING 1okt. - Seramai 100 pelajar Sekolah Pengurusan dan Pengajian Profesional (SBMP), Kolej PTPL Sarawak baru-baru ini, menyertai seminar keusahawanan bertajuk Cara Mengendalikan Perniagaan Burung Walet.
Menurut pengarah program itu, Nur Baizura Zainuddin, ia dianjurkan pelajar tahun akhir jurusan Diploma Pengurusan bagi memenuhi syarat bergraduan.
"Program ini memberi pendedahan kepada pelajar secara praktikal cara mengendalikan sesuatu program selain diberi pendedahan akademik secara bertulis.
"Pada masa sama, ia mampu membuka minda pelajar mengenai cara mengendalikan perniagaan burung walet yang merupakan perniagaan semakin popular," katanya.
Penceramah program yang terdiri daripada Sufian Sahari dan Awang Enjah Awang Kepli memberitahu bahawa perniagaan burung walet mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada usahawan.
Mereka turut mengesyorkan para graduan menceburinya kerana ia tidak memerlukan modal yang besar.

No comments:

Post a Comment