Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Saturday, May 16, 2015

Tauke Kulim dan Burung merpati









Lawatan singkat ke Rbw Mr C di kulim mengimbas kembali permasalahan BURUNG MERPATI/ PIGEON yang membuat Mr C kebingungan dan kurang bermotivasi terhadap Rbw beliau bila mana berdepan dengan perebutan 2 spesies burung dalam satu Penginapan/roosting. Walaupun burung merpati tidak dapat mencederakan secara fizikal tetapi ia cukup berkesan melukakan hati tuan punya Rbw di Kulim ini.
Bauan najis merpati agak berbeza dengan bauan burung walet dimana kandungan acid dalam najis burung merpati jauh lebih  tinggi yang menghasilkan bau yang agak "tegik". Perbezaan bauan najis ini merupakan penghalang kepada perkembangan burung walet bagi sesebuah Rbw terutama Rbw yang terletak dalam kawasan yang penuh dengan persaingan. Perebutan ruang dalam roving room/ ruang legar juga menambah kepiluan kepada Mr C kerana ruang roving room merupakan tempat yang strategik untuk memperdayakan burung walet masuk sebelum menginap.  
Walau apapun permasalahan dalam meningkatkan penginapan burung yang menjadi idaman kepada mereka yang memburu kekayaan dalam industri ini, ia masih boleh ditangani dengan peraturan halus yang lebih lestari daripada pemikat burung walet Profesional.

No comments:

Post a Comment