Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Friday, October 2, 2015

Animal psychology.....digunakan untuk psycho manusia








2. Orang yang berjaya akan berusaha dan mencari jalan peyelesaian dan bukan alasan.

Pelbagai kisah kejayaan yang kita dengar bermula dari kisah kegagalan dan kisah kesusahan. Kegagalan dan kesusahan umpama menjadi pencetus jalan kejayaan seseorang.
Mengapa terlalu banyak kisah begini yang kita dengar?
Sebabnya adalah mereka yang gagal dan dalam kesusahan selalunya akan tersentuh naluri mereka untuk keluar dari kegagalan dan kesusahan dengan apa cara sekali pun.

Dalam dunia haiwan, ini dikenali sebagai “survival instinct”- naluri untuk terus hidup.
Apabila dalam keadaan susah dan gagal, seringkali kita akan usaha lebih kuat dan lebih hebat. Kita sudah merasa kesusahan dan kegagalan dan kita tidak mahu lagi dalam keadaan sedemikian.
Semangat ini akan membuatkan seseorang itu mencari pelbagai penyelesaian dan tidak lagi mencari alasan untuk berjaya. Kerana juga, mungkin alasan yang membuatkan mereka gagal dan alasan juga yang membuatkan keadaan mereka susah. Apabila menyedari keadaan ini, maka, alasan sudah tidak lagi bermakna dan hanya akan mencari penyelesaian.
Baca sahaja kisah kejayaan mereka yang hebat diserata dunia, dari pemilik Body Shop, sehingga pemilik KFC. Dari Oprah Winfrey, sehingga Richard Branson. Dari Dato Husammidin (pengasas Karangkraf) sehingga la kiah saya sendiri (Irfan Khairi!) yang tidak lari dari 2 perkara penting ini. Iaitu, punyai matlamat dan visi yang jelas DAN berusaha mencari jalan peyelesaian dan bukan alasan untuk mencapai matlamat!

No comments:

Post a Comment