Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Monday, July 4, 2011

Salah satu projek RBW kos sederhana

ASkum. satu lgi projek RBW yang agak sukar untuk  tolak daripada mendapat khidmat nasihat saya kerana  tuan punya adalah kawan2.Kalau anda lihat pemasangan ventilation hole ini ada sedikit kecacatan.

Lantai hanya bergantung kepada nesting plank sebagai sokongan .Bagi jangka masa panjang masaalah besar akan berlaku
Walaupun berat terpaksa juga tolong kawan2. kalau saya duit pelaburan ini lebih baik simpan dalam ASB. Awas jangan ingat mudah memikat walit  buat masa ini. sekiranya anda kurang pengalaman lebih baik merujuk kepada yang pakar dalam bidang ini , banyak perkara perlu diketahui dahulu sebelum membina RBW.

Wednesday, June 29, 2011

Proses membuat Fake Nest


Selain daripada mendapat pendedahan awal tentang industri perladangan burung walet, kanak2 juga dapat membina kemahiran psikomotor.








INI adalah sebahagian kecil sarang tiruan yang biasa di buat oleh para waleter. Bagi meningkatkan keupayaan memikat walet bersarang lebih awal di RBW , saya memperbagaikan fake nests dan simple inovation dilakukan pada nesting plank, berdasarkan pengalaman dan teori yang sudah diuji.




Terdapat lebih daripada 10 jenis fake nests di hasilkan oleh wanzulswiftlet dan pelbagai inovasi dilakukan untuk RBW Pasir Puteh bagi menjadikan wanzulswiftlet terus competitive dalam industri yang sudah memberi pulangan yang sangat sangat LUMAYAN ini. Anda bila lagi?

Sunday, June 26, 2011

Lubang Burung Masuk ( LBM )

Askum. LBM seperti diatas saya  personally sangat tidak bersetuju kerana taste burung walet ketika ini sudah berubah jika dibanding 10 tahun yang lalu. Ini kali kedua saya melihat kegagalan LBM jenis ini dalam masa 10 bulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada anda serta dengan alasan anda sendiri untuk meneruskan design LBM seperti ini untuk RBW masing masing.Persepsi, pengalaman dan teori  berbeza diantara anda dengan saya. Selamat meneruskan perladangan burung walet.

Sunday, June 19, 2011

Pandangan atas ladang getah berumur 16 bulan

keadaan ladang getah dari tingkat satu RBW di pasir putih. Getah juga termasuk dalam bidang pertanian impak tinggi. Baka ini dikatakan terbaik diri siam dan cepat matang. Walaubagaimanapun saya terpaksa korban lebih kurang 15 pokok baru2 ini unt memberi laluan kepada RBW ini. sekiranya anda berminat saya sarankan guna baka ini kerana pertumbuhannya amat menakjukkan. Posting akan datang saya paparkan ladang getah baka siam ini yang sudah mengeluarkan hasil dalam masa lima 5 tahun

Friday, June 17, 2011

Kesan Inoculant 4 month Booster

inoculant yang disapu pada xilem untuk dijadikan kayu minyak sahaja. kaedah agak sesuai kerana petani tidak memerlukan masa yang agak lama untuk mendapat hasil, disamping menunggu teras dalam masa lebih kurang 2 tahun kalu ada rezeki dari ALLAH.
Anda perhatikan bagaimana pokok  di tebuk menggunakan kaedah spirall sehingga keatas mungkin.

Lubang yang ditebuk  perlu dimasukan straw untuk memudah inoculant sampai ke bahagian pulur pokok gaharu. Kaedah spirall agak rumit kerana perlu tebuk lubang sampai keatas.
Penebukan lubang pada pokok bermula sebawah mungkin sekiranya boleh gali dan tebuk akar pokok.

Saturday, June 11, 2011

Fluk (cacing ) dalam usus Lembu

masih teringin melakukan kerja lama ku, semasa d negeri sembilan membuat pemeriksaan kesihatan, post mortem bangkai haiwan dan apa saja yang berkaitan dgn binatang. Ini ialah cacing yang sangat biasa terdapat dlm usus lembu yg mana mereka dpt menyedut 1 liter atau lebih sehari dari sistem pengaliran darah ruminan. Orang kampung namakanya BIAR, sekiranya ada BIAR lembu tak gemuk,sahut penternak lembu. burung walet juga tidak terlepas drp gastro parasit tetapi amat rendah risikonya. 

lantai tingkat 1

askum. kekuatan bangunan 3 tingkat ini dapat menampung 2 tingkat lagi d masa hadapan, sekiranya rezeki melimpah ruah dari ALLAH.

LAL first Floor

Wednesday, May 4, 2011

BH pasir puteh sudah bermula



askum. hampir 8 bulan terkandas kerana faktor teknikal yang berkaitan dengan PBT dan CONTRACTOR akhirnya pada 24 april lepas majlis pecah tanah telah selamat diadakan.

UJIAN LOKASI

askum. kebanyakkan consultan atau individu yang agak mahir dalam industri ini menunjukkan skill masing- masing melalui ujian lokasi dengan memaparkan video yang menunjukkkan bilangan burung yang   banyak semasa ujian tersebut. Bagi yang baru dalam industri ini, keadaan sedemikian adalah menakjubkan. Sebenarnya  ujian lokasi boleh dilakukan oleh sesiapa saja termasuk anda dan kehadiran burung semasa ujian bergantung kepada bilangan burung yang ada di kawasan tersebut pada waktu tersebut. Perkara yang paling menakjub dalam perladangan burung walet ialah kemahiran individu memikat burung walet masuk, tidur dan bersarang minima 10 sarang dalam masa maksima 4 BULANdan dalam masa 6 BULAN mula menuai emas putih. Kisah ujian lokasi adalah perkara terpencil dalam pemburuan sarang burung walet selama saya terlibat dalam industri ini. Oleh itu janganlah terpegun dengan dengan bilangan burung yang banyak semasa ujian dibuat kerana itu adalah fenomena yang biasa biasa saja. wassalam  

Jabatan penjara sangat berminat dengan industri burung walit

DALAM NEGERI

ARKIB : 03/03/2011

Kursus burung walet di penjara



KUALA LUMPUR 2 Mac – Jabatan Penjara Malaysia sedang meneroka bidang penternakan burung walet sebagai salah satu kemahiran untuk dipelajari banduan dalam tahanan sebagai bekalan setelah dibebaskan kelak.
Melihat kepada potensi yang ada pada penternakan burung itu, jabatan itu percaya perusahaan burung walet mampu memberi pulangan lumayan kepada banduan yang boleh menyertai kursus menternak haiwan itu yang akan diadakan di penjara tidak lama lagi.
Timbalan Pengarah Vokasional dan Industri jabatan tersebut, Jamilah Abu Hassan (gambar) berkata, perancangan untuk melaksanakan kursus kemahiran itu di beberapa penjara terpilih di seluruh negara sedang diperincikan dan ia mungkin akan dilaksanakan tahun ini.
“Setakat ini, kami telah membuat ujian suara untuk mengetahui kehadiran burung walet di 10 buah penjara yang terdapat di negara ini.
“Hasil keputusan itu, kami mendapati kesemuanya positif dan kursus kemahiran itu mungkin akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang dekat sini, hari ini.
Tambah beliau, antara penjara yang dijangka akan dijadikan pusat kemahiran penternakan itu adalah Penjara Marang, Terengganu; Pokok Sena, Kedah; Sungai Buloh, Selangor serta ibu pejabat jabatan itu di Kajang.
Jamilah juga yakin, penternakan ini mampu memberi pulangan yang baik kepada setiap banduan yang mempelajarinya kerana permintaan semasa yang tinggi ketika ini.
“Menerusi kaedah yang akan diajarkan kepada para banduan, mereka mampu menjadi pengusaha burung walet secara kecil-kecilan dan jika mampu mereka boleh melakukannya dalam skala yang besar.
“Peluang ini sekali gus memberi pulangan pendapatan yang tinggi kepada banduan kerana permintaan untuk sarang burung walet sememangnya tinggi di negara ini,” katanya.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Jabatan Penjara Malaysia akan berkerjasama dengan Jabatan Veterinar serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melaksanakan kursus kemahiran tersebut.

Sunday, May 1, 2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Pengundi Cina diminta buat pilihan - PM

KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada mahu menyokong MCA pada pilihan raya umum akan datang atau kehilangan wakil dalam kerajaan.
Menurut Perdana Menteri, masyarakat Cina telah diberi mesej yang jelas mengenai perkara itu oleh MCA yang menyatakan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan Pusat dan negeri sekiranya gagal meraih sokongan masyarakat berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
Jelasnya, masyarakat itu perlu memilih antara kepentingan suara dalam kerajaan atau menyokong pembangkang.
"Mereka tidak boleh menyokong pembangkang tetapi dalam masa yang sama mengharapkan penyertaan yang kuat kaum itu di dalam kerajaan. Mereka (pengundi Cina) perlu memilih antara dua, jika mahu menyokong pembangkang maknanya mereka perlu korbankan parti-parti dalam kerajaan.
"Namun, jika mahu suara mereka lebih didengari dalam kerajaan, mereka perlu menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN). Mesej itu jelas dan mereka (pengundi Cina) tidak akan dapat apa yang dikehendaki jika mereka tidak memilih," katanya selepas merasmikan Perumahan Rakyat Mampu Milik di Pulau Duyung di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian MCA semalam yang sebulat suara tiada akan menerima sebarang jawatan dalam Kabinet mahupun negeri jika parti itu gagal di dalam pilihan raya umum akan datang.
Ditanya mengenai kesediaan MCA untuk terus berada dalam BN selepas keputusan itu dibuat, jelas Perdana Menteri, MCA tetap akan bekerjasama dengan BN kerana mereka yakin hanya parti itu dapat mewujudkan keharmonian dalam negara.
"Kita sudah ada rekod, negara aman di bawah parti ini dan apa pun yang diputuskan oleh MCA, mereka tetap akan berada di dalam BN," jelasnya.

Monday, April 25, 2011

Inovasi Lubang Burung Masuk

Askum. lawatan demi lawatan ke setiap rumah burung di setiap pelusop negeri demi minat dan penambahan ilmu tentang cara memikat burung walet dgn lebih jitu dimasa akan datang. Selagi ada kesempatan saya tidak akan melepaskan peluang meninjau, berbincang dan yg paling penting merekod segala pengalaman2 baru tentang sang walet yang sudah memberi pulangan lumayan kepada saya dan mungkin juga anda. Segala pengalaman baru diolah, dikisar, dicana dan dicerna semata mata untuk menambahbaik  pembinaan rbw yang ke 3 di pasir puteh minggu hadapan. Hari ini satu lagi inovasi lubang masuk di temui. Sekiranya anda berbakat dan berpengalaman tentang memikat sang walet berilah komen anda berkenaan LBM yang terdampar dalam posting saya kali ini. Awas sekiranya anda newcomer atau player baru saya rasa anda hanya perlu baca saja komen rakan2 kita sekiranya ada. 

Berita Harian - Rakan blogger

Isnin , 25 April 2011
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
MukaDepan

Rakan blogger
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/04/25

NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.
NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.
Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.
Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain.
“Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda. 

“Bagaimanapun, harus ada batas supaya tidak menggunakan ruang siber untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. Justeru, mesti ada batasan. 

“Jika anda bekerja dalam lingkungan berkenaan (menulis atau memberitahu perkara yang benar dan betul), saya percaya blogger akan memainkan peranan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk Malaysia dan ASEAN,” katanya ketika ucaptama pada Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN yang pertama di sini, semalam. 

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden Blog House Malaysia (BHM), Syed Akbar Ali. Pada majlis itu, Dr Mahathir turut diumumkan sebagai Penaung BHM. 
Najib berkata, aktiviti blog di Malaysia ialah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara kepemimpinannya memberi sepenuh komitmen untuk meneruskan janji Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet. 

“Ada kira-kira 10.1 juta pengguna Facebook di Malaysia ketika ini, malah 500,000 blog sudah wujud sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2003, iaitu sebelum Tun Dr Mahathir memulakan blog beliau yang kini menarik lebih 30 juta pelawat,” katanya. 

Secara keseluruhan, Najib berkata, kebanyakan kerajaan di dunia kini berdepan dengan cabaran media sosial melalui ruang siber, meliputi Facebook, Twitter dan blog yang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan. 

Dalam konteks ini, katanya, ketika ditanya wartawan mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu, beliau memberikan jawapan bahawa demokrasi terbuka dan media online atau demokrasi digital menjadikan pilihan raya semakin sukar serta mencabar untuk dimenangi, terutama dengan majoriti besar oleh mana-mana parti politik. 

“Sehubungan itu, hakikat bahawa kita (BN) berupaya untuk menang melebihi majoriti dua pertiga (dalam PRN Sarawak) dengan sendirinya adalah satu pencapaian yang besar,” katanya. 

Najib berkata, demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul. 

Sementara itu dalam sesi soal jawab bersama peserta persidangan, Najib berkata, kerajaan masih terbuka kepada pendapat orang ramai mengenai cadangan pihak tertentu supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan semula, manakala antara masalah paling besar dalam pelaksanaan dasar di negara ini ialah penguatkuasaan yang lemah. 

Friday, April 15, 2011

pengalaman saya ...penternakan rumah burung walet dan 'swiftlets farming': Sembang walet swiftlets 65- Kaji dan Timbang

pengalaman saya ...penternakan rumah burung walet dan 'swiftlets farming': Sembang walet swiftlets 65- Kaji dan Timbang: "Betulkah gambaran diatas menunjukkan daya pulangan pelaburan di industri penternakan burung walet? ....80% penternak akan mengalami masalah..." saya sangat bersetuju dgn pendapat saudara mereka yg gagal itu kerana kejahilan mereka sendiri mungkin juga tertarik denga 1 kg rm 4500.00 keatas, bina bangunan walet kerana emosi

kontraktor dan consultan rumah burung walit dimalaysia ketika ini

askum. hari ni saya dikejutkan dengan panggilan seorang contraktor mungkin juga consultan rbw yang ingin membina rbw saya yg ke-3 di pp kel. Dlm perbcgan kami melalui tel. terdpt beberapa perkara yg sangat menarik ttg beliau dlm fikiran saya. Pertama terdpat terlalu ramai kontraktor dan consultan rbw bumiputra buat masa sekarang, syukur kpd ALLAH dalam hal ini. Apa yg menarik kebanyakkan mereka terlalu baru dlm bidang ANIMAL HUSBANDRY and most of them produce persepsi sahaja  iaitu peringkat yg paling rendah dalam sesuatu penemuan baru. Hierarchy bagi penemuan sesuatu perkara adalah spt berikut:            
                              
                                         4.  Hukum


                                         3.  Teori 
                                        
                                         2.  Pengalaman
                                              
                                         1. Persepsi 


Dalam perladangan walet kebanyakkan mereka yang sudah lama dlm bidang ini sahaja mungkin consultan dari indon dapat menghasilkan teori iaitu peringkat yang ke-3. Saya dan consultan walet lain di malaysia mungkin juga anda hanya pada peringkat yg ke-2 sahaja. Pengajaran yg penting pada perbincangan kami hari ini ialah saya mesti menjadi pendengar yang baik untuk lebih hebat dalam memikat burung walit di malaysia. Untuk pengetahuan semua tiada siapa lagi di dunia ini, boleh menghasilkan teori tepat cara memikat burung walit lebih2 lagi hukumnya.  

Sunday, April 10, 2011

Lawatan susulan ke rumah burung hj salleh

askum. hari ni berbaloi mengunjungi tauke walit kedah, apa tidaknya kami berbincang panjang lebar strategi perladangan walet sekarang di Malaysia khususnya di semenanjung. Bagi meningkatkan daya saing khusus untuk diri saya sendiri,berdasarkan tauke walet kedah ni saya kena sedikit berkira dalam beberapa segi terutama dari segi pengalaman  atau teori atau dapatan terbaru yang beliau perolehi. Demi menjaga amanah beliau saya terpaksa MENGGELAPKAN ILMU dengan kata lain saya tidak boleh berkongsi ilmu dengan orang lain untuk sementara waktu kerana persaingan dlm bidang ini sangat sengit sekarang kata beliau.
Dalam lawatan kami ke rbw hj salleh terbaru hari ini, memberi dimensi baru kepada saya unt terus competitive. Tuan2 dan sedara saya diluar sana, tauke walet kedah ini memang hebat memburu emas putih apabila saya melihat  hasil kerja beliau populate walet didalam rumah hj salleh dalam tempoh 3 bulan.Pengalaman dan teori beliau terbukti boleh diguna pakai unt memburu sang walet.    

Sunday, April 3, 2011

Penternakan burung walet hari ni

Askum. tahukah anda, pertambahan rumah walet secara purata adalah 3 buah setiap hari di negara kita, kadar peratus orang melayu masih lagi ditahap 2% sahaja, walaupun anda melihat sudah banyak org melayu terlibat tetapi tidak dapat menyaingi pertambahan rumah walet kaum cina yg begitu cepat. 
Pagi ini saya menerima email drp sahabat kita yg begitu bangga kerana mendapat sound yg baik drp indon.  
katanya, saya turut gembira kerana boleh tumpang sekaki, walau bagaimanapun saya masih yakin burung tidak akan bersarang di RBW sahabat kita ni sebabnya faktor mikro totally out dan dia tidak bercadang unt. membaiki mikro environment dlm rbwnya. Sahabat dan saudaraku diluar sana, sekiranya anda tidak berupaya unt. menyediakan spesifikasi yg sesuai unt walet MEMBIAK lebih baik tangguh dahulu pembinaan Rbw anda bagi meminimun risiko, simpan dahulu pitis anda dlm ASB unt mendapat pulangan 7% setahun, Rbw yg mendapat pulangan terbaik sekalipun berkembang sekitar 7% shj. Suara yg baik shj tidak mampu mendapat pulangan 7 peratus setahun, gandingan dengan faktor2 lain adalah satu kemestian/ Jangan terlalu ghairah untuk memburu emas putih dengan hanya melihat kegairahan orang lain. Melawat dan menilai hampir 30 buah rbw pelbagai peringkat usia dan berbagai bangsa memberi pengalaman yang jauh lebih baik daripada memiliki suara burung walit yang baik sahaja. ayuh kawan2 kita perlu lebih competitive  dalam pemburuan emas putih yg kita idamkan ini

Friday, April 1, 2011

Duralite panel for swiftlet house

askum. Dalam siri khimat nasihat serta lawatan ke rumah burung sekital kelantan dan terengganu, sempat meninjau sebuah BH di kuala krai kel. yang menggunakan Duralite panel  bagi dinding sekaligus bertindak sebagai insolator yg menakjukkan. Diantara kelebihan duralite ialah:
1  50mm duralite sama tebal dgn 356mm bata merah unt insulate haba
2  Cost effective, boleh guna structure bangunan yang murah,jimat besi
3  sangat senang di gunakan, anda boleh pasang sendiri sekiranya ada sikit kemahiran dlm pembinaan
4  anai2 proof ( termite resistant )



























5  ringan, orang perempuampun boleh handle.

Sunday, March 27, 2011

sarang sriti Aerodramus collicia

askum. Sekira anda melalui highway tidak bertol Grik - Jeli  anda boleh singgah sebentar unt berkenalan dengan koloni sriti di bawah laluian separa terowong di tengah tengah hutan belantara itu. Koloni yang sama anda akan jumpa di camereon highland  terutama apabila anda menginap di hotel Parklands Brinchang opposite makanan segera KFC. Suatu pemandangan yg mengasyik serta pengalaman dan pengetahuan baru ttg perumahan bagi spp Aerodramus anda pelajari terutama pada pukul 6 keatas semasa koloni pulang unt bermalam.Bangunan dewan perniagan kaum cina ini menempakan ribuan sriti diatasnya tanpa dibekalkan dengan suara dan nesting plank unt bersarang. sekiranya anda belum mengetahui harga sarang burung sriti boleh mencecah rm 800/kg kerna 30% terdapat saliva pada sarang sriti.Pemerhatian anda perlu tajam untuk berjaya dalam industri burung walet.

Wednesday, March 9, 2011

Bird house using renewable technology

Askum. rbw dimiliki oleh seorang insan yg berhati cekal dan mempunyai pandangan dan keberanian yang luar biasa. Apa tidaknya,  pelaburan sebanyak RM 20k - 30k ini dijangka bertahan  20thn shj, kerana material yg diguna hanya boleh bertahan maximun 20thn ,sebelum di ganti ( replace ) dgn rbw yg yg lebih  hebat dlm masa tersebut.Kemahuan serta keinginan yg tinggi pemilik membuktikan teknologi yg di perbaharu ini merealisasi impian  beliau mungkin juga anda. kita akan lihat perkembangan populasi walet nanti dan dijangka ia tidak mempunyai masalah kerana kedudukan yg sangat strategik dan disokong dgn sifat inovatif pemilik.

Tuesday, February 22, 2011

What happen to the Agarwood industry

Askum dan salam unt semua. Hampir 5 hari dihabiskan unt. call pengexport gaharu spt yg tercatat dalam laman web pengusaha dan pengexport gaharu bumiputra kebanyakan sekitar lembah kelang. Apa yang mengejutkan 95 % drp company yang menjalankan jualbeli gaharu sudah tutup kedai atau talian telapon telah ditamatkan perkhimatan, apakah semua ini, sedih pilu rasanya kerna hasilan gaharu hamba tidak dapat dipasarkan, ooooh tidak . Seperti posting saya yang lalu, gaharu adalah projek broker maut yang dicanang oleh mereka yang hanya pandai menjual produk gaharu tetapi gagap menjawap persoalan bagaimana untuk memasarkan hasilan gaharu drp petani, sekira anda masih belum lagi membuat keputusan untuk melabor dlm industri gaharu, fikirlah berpuluh puluh kali sebelum dumping your buck into this lowya industri.

Sunday, February 20, 2011

Terdapat 30 pokok lagi menunggu untuk inokulan

24 inci
                                                            
              

                                                                      17 inci






36 inci







                                                                29 inci





24 inci






                                                               13 inci










Terdapat banyak lagi gaharu yang sesuai untuk diinokulan, tetapi saya agak kecewa dengan pasaran teras,minyak dan kayu racit pada ketika ini.

Ladang gaharu saya berumur 8 bulan


 subintegra
prampee

Gaharu saya yang telah diinokulan

 ini sudah diinokulan, ukurlilit 45 inci
ini sama 45inci juga
ini ukurlilit 24 inci. Terdapat lebih kurang 10 pokok bersaiz ini

Wednesday, February 16, 2011

Gaharu projek broker maut 2

Ada beberapa lagi persoalan spt, jenis inokulan yg diguna unt menghasilkan kayu minyak, contoh inokulant yang menggunakan chemical akan menghasil kayu minyak yg tidak laku dijual kerana pemborong minyak gaharu tidak berminat langsung dgn minyak yg mengandungi bahan kimia. persoalan seterusnya harga teras, penetapan harga sangat subjective, harga ini sebenar di tentukan oleh broker maut kerana mereka saja yg arif ttg harga dan cara unt menjual balik kepada pemborong, sekiranya anda or petani mempunyai teras sangat sangat belum tentu lagi mereka dapat bertemu dgn buyer  tulen bagi membuat urusan jualbeli pada harga yg sepatutnya. kebiasaanya broker maut ini akan sembelih hidup hidup segala urusan perniagaan diantara mereka dengan petani.  Saya mempunyai 20 batang pokok depu hutan berbagai saiz drp min 20 inci hingga 2 pemeluk yg masih belum diinokulan ( anggaran kos inokulan minima rm 20,000 oleh brokermaut  ) sehingga ke saat ini kerana masih belum jumpa  dengan BROKER BUKAN MAUT untuk saya berurusniaga dengan mereka.  berita2 yg anda dengar, 1 ekar boleh jadi jutawan adalah permainan kata2 indah broker maut unt menjual produk mereka semata mata, hari ini dan seterus akan menjadi saksi bahawa 1 ekar boleh jadi tak ketahuan kepada pemilik ladang gaharu.

Gaharu projek broker maut

tAskum. Hampir 1 tahun perjalanan dan pengembaran merentasi sejuta rintangan,pelbagai bekal dibawa bersama bagi pengembaraan untuk mencari emas hitam tapi akhirnya tahi emas pun tiada. Depu, gaharu dan sejuta lagi nama lain hanya projek abu nawas ataupun projek broker maut. Kebanyakan broker maut  dalam industri ini sangat gagah ( bertenaga ) unt menjual inokulan, anak benih dan servis inokulan tapi mereka agak gagap apabila ditanya unt membeli balik hasil yg mereka jual kpd petani. Gaharu adalah projek yang tidak boleh diharap kerana berbagai bagai persoalan yg belum selesai dalam industri ini. Gred teras,harga, jenis inokulant, gred minyak, harga minyak mengikut gred, gred kayu racit, ini semua masih belum selesai, hanya broker maut saja yang dapat menyelesai perkara ini, adakah anda sanggup menjadi Broker Mau!

Monday, February 7, 2011

Perubahan positif bagi 2 rumah walet

Askum. Cabaran bagi mengusaha rumah burung walet agak besar kepada mereka yang berhati  KECIL, kurang sabar dan non-critical thinking. Bagi mereka yang berkeinginan tinggi untuk kaya raya dalam perladangan walit berbagai bagai inovasi di lakukan untuk menarik emas putih masuk kedalam RBW masind masing. Rbw Kawan saya pada mulanya agak slow kemasukan emas putih ttp kini sudah mencapai 10 biji sarang dan lebih 50 ekor walit menghuni ddalamnya. Raut muka  pengusaha sudah nampak ceria dan confident berbanding 10 bulan dulu.
Bagi junior swiftlet player dan mengusaha rumah walit d kawasan yang kurang burung dan berdekatan dengan lebih 10 buah rumah walit  lain angka diatas sudah kira bagus. Keberanian kawan saya ini untuk melabur d kawasan berisiko tinggi amat di kagumi selain drp pemikiran inovatif beliau. berbagai cara dilakukan unt menari k walet masuk dan bersarang dalam rbw beliau tanpa rasa jemu.Selain daripada rezeki yang telah di tetapkan kepada manusia kekuatan inovasi seseorang amat d perlukan unt terus competitive dalam industri ini. Bagi mereka yang inovatif, industri ini amat bertepatan dengan anda untuk melombong emas putih tanpa menggandai nyawa untuk mengutip emas tersebut. Saya dan kawan yang lain akan teruuuus melabor dan melabor dalam industri ini tanpa menoleh ke belakang lagi.

Friday, January 28, 2011

world rubber forecast

http://www.bloomberg.com/news/2011-01-27/natural-rubber-demand-to-expand-4-6-in-2011-outpace-supply-group-says.html

Tuesday, January 25, 2011

ANRPC Releases NR Trends & Statistics for January, 2011

ANRPC Releases NR Trends & Statistics for January, 2011

Rubber Reaches Record as Rains Threaten Thai Output

Rubber Reaches Record as Rains Threaten Thai Output

Sunday, January 23, 2011

The Natural Rubber Price Entering 5000 U.S.Dollar Age, Are You Ready Now?

The Natural Rubber Price Entering 5000 U.S.Dollar Age, Are You Ready Now?

Global Rubber Demand in 2011 Up 6.7% on Year

Global Rubber Demand in 2011 Up 6.7% on Year

Tokyo, shanghai rubber futures hit records

Tokyo, shanghai rubber futures hit records