Pengusaha Rumah Gelap

Pengusaha Rumah Gelap
Rumah Gelap Simbol Kejayaan dan Kekayaan Pemilik

Swiftlet Hunter


counter

Wednesday, July 20, 2011

Persidangan dan Latihan Penternakan Burung Walet Antarabangsa

askum. salah satu perkara yang dibincangkan dalam icotos ialah faktor makanan menyebabkan penghijrahan burung walit dari bandar ke kawasan yang mempunyai banyak sumber serangga .Walaupun perkara ini baru di bincang ia merupakan sesuatu yang sudah lama bagi saya (21 thn lalu) tetapi ia mungkin baru bagi anda. Posting saya sebelum ini sudah membincangkan perkara ini, saya namakan ia killing factor dalam industri penternakan.Oleh kerana faktor ini saya bermati- matian melabor tanpa menoleh ke belakang lagi. Bagi yang tinggal di luar bandar ia merupakan satu peluang tetapi saya dan tauke walet kedah sudah lama mengambil peluang ini. Hampir keseluruhan kawasan Strategik kubang pasu telah dibangun dengan RBW oleh tauke walet kedah secara jv dan persendirian. Malang sekali bagi kaum bumi yang masih tidak tahu apa2 tentang industri burung walit dan bertambah malang lagi apabila mereka berlumba menjual kawasan strategik untuk di bangunkan dengan Rbw oleh mereka yang bergelar tauke.  

Monday, July 18, 2011

Burung merpati lebih mahal daripada sarang walit

Merpati harga sebuah kereta
Oleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my
2011/07/19

  
  • Foto
    AHMAD bersama kereta hasil pertukaran dengan merpati jenis Pomeranian Pouter di rumahnya di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu, semalam.
  • Foto
    BURUNG merpati Norwich Croper antara spesies rebutan peminat burung eksotik.
Hobi pelihara burung eksotik mampu jadi perniagaan menguntungkan

KUALA TERENGGANU: “Seorang peminat burung merpati sanggup menyerahkan kereta Proton Wira bernilai RM20,000 dan menambah wang tunai RM1,000 bagi mendapatkan dua pasang burung merpati eksotik yang saya bela, Mac lalu,” kata Ahmad Hashim, 44, yang menjadikan hobi memelihara burung itu kepada perniagaan menguntungkan.
Bagaimanapun, beliau berkata, dua pasang merpati yang ditukar dengan kereta itu bukan sembarangan burung kerana ia baka Pomeranian Pouter, diimport dari Amerika Syarikat dan mempunyai nilai pasaran tinggi antara RM2,000 hingga RM2,500 seekor bagi anak berumur kurang empat bulan.
Katanya, walaupun harga burung itu tidak semahal ayam serama yang mencecah RM30,000 seekor, ia mempunyai keunikan tersendiri dan dikatakan lebih hebat dan cantik berbanding ayam serama terutama apabila merpati itu membonjolkan dadanya seperti bola dan bulunya mengerbang melindungi kaki yang panjangnya mencecah sehingga 12 sentimeter. 

Ahmad berkata, beliau memelihara merpati dari Eropah, Amerika Syarikat dan Pakistan sejak lima tahun lalu sebagai hobi sambil menjadikan sumber pendapatan tambahan.

Bagaimanapun, katanya, ia kini menjadi perniagaan yang menjana pendapatan kerana baka import itu mendapat sambutan hangat peminat merpati terutama baka baru seperti Pomeranian Pouter dan English Pouter yang memasuki negara ini awal tahun ini, selain baka popular lain seperti Reverswing, Hana Spangle, Gaditano Pouter, Norwich Cropper dan Brunner.

“Saya tidak menghadapi masalah memasarkan burung ini kerana turut menggunakan internet, selain promosi mulut ke mulut di kalangan pelanggan saya. 
“Saya mampu menjual dua hingga tiga pasang merpati baka import sebulan berharga antara RM2,000 hingga RM2,500 bagi sepasang anak yang ditetaskan di sini dan berumur kurang empat bulan. 

“Bagaimanapun, mendapat kereta sebagai tukaran dua pasang merpati dewasa baka Pomeranian Pouter antara pengalaman paling mengejutkan sepanjang terbabit dalam perniagaan itu,” katanya yang mempunyai 40 pasang pelbagai spesies merpati eksotik import yang dipelihara di tepi rumahnya di Kampung Kuala Bekah, di sini.

Jirannya yang juga penjual merpati eksotik, Mohd Maizureen Mohd Nor, 34, berkata beliau memelihara merpati baka dari Amerika Syarikat, Eropah dan Pakistan pada akhir 2009 dan mempunyai 50 pasang baka baru diperkenalkan ke negara ini seperti Gaditano (Sepanyol), Norwich Cuopper dan Brunner (Amerika Syarikat) dan Reverswing serta Hana Spangle (Pakistan). 

Industri walet mampu sumbang KDNK RM5b

 
INDUSTRI pemeliharaan burung walet menjadi satu lagi hasil negara apabila ia mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan dengan cara yang betul.
Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan Jabatan Veterinar, Dr Kamaruddin Mat Isa berkata, kerajaan menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020 ialah sebanyak RM523 bilion.

“Daripada jumlah itu sebanyak RM4 bilion hingga RM5 bilion disumbangan industri burung walet iaitu satu peratus daripada KDNK menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan dan Latihan Penternakan Burung Walet Antarabangsa anjuran bersama Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA), kerajaan Terengganu, Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, di Malaysia ternakan burung walet dijalankan sejak 40 tahun lalu manakala di Terengganu pula ia mula dipelihara sejak tahun 70-an. - Bernama   

 

Friday, July 15, 2011

Kesabaran pemilik dan adaptasi walet di dalam RBW Baru

ASKUM.pagi ini agak senang untuk bercerita tentang ilmu perWaletan,bagi yang baru dengan dunia walet ia adalah sesuatu yang perlu dibaca dan diamati untuk mengurangkan stress atau bisa bingung dengan behavior walet .Bagi mereka yang mempunyai ilmu secara teori dan praktikal tentang animal science istilah adaptation merupakan perkataan yang biasa biasa saja. Dunia haiwan atau animal science sangat berkait rapat dengan industri burung walet. Berbalik kepada istilah sains "adaptasi" merupakan masa yang perlu diambil bagi semua LIVING THINGS untuk adaptasi di sesuatu ruang atau tempat atau habita t baru mereka. Amat malang bagi mereka yang tidak ada pengetahuan tentang animal sains dan akan terus melakukan kesilapan atau mengikut pandangan secara membabi buta atau mengharapkan nasib semata mata atau mengambil entang tentang adaptasi. mari kita baca petikan ini,         sudah tentu bingung pak, apakah itu adaptasi?! kaitannya dengan kesabaran lagi bingung pak, ooo kalu gitu bbisa ikut orang aja...........        Walet harus mengulang untuk terus adaptasi. Rupanya malaunn mau sukses namun tergesa-gesa. Padahal walet tak mau di paksa.  tak sabar menunggu dan segera melakukan perubahan, sehingga walet memulai lagi dari o untuk adaptasi. . kesian burung walit akibat kedangkalan dan kejahilan malaunn.

swiftlet breeders in kelantan encouraged to join association




KOTA BAHARU: Only 10 per cent out of about 1,500 swiftlet breeders in Kelantan have joined the Bird Nests Traders Association in the state, said the association's president, Oii Siong Hwa.
He said independent breeders were encouraged to become members so as to reach a
united stand in developing the industry which was expanding domestically and
internationally.


"This will also enable the government to channel any form of assistance to them in ensuring the future of the industry," he said while suggesting that the association's members grab the opportunities provided by the government to
reach the RM3 billion turnover target by the year 2016.


Speaking to reporters here today, Oii also called on the authorities in the
state to standardise the licence fee imposed on the operators like in the other

states.

He said presently each operator was charged RM1,500 a year compared with the
other states collecting not even RM1,000. - Bernama





Read more: Swiftlet breeders encouraged to join association http://www.nst.com.my/nst/articles/Swiftletbreedersencouragedtojoinassociation/Article/#ixzz1SAaIQADN

Thursday, July 14, 2011

Lubang Burung Masuk ( LBM )

Askum. Apa pendapat anda mengenai LBM jenis di atas . Tak pasti?  ,   OK ja!  ,  No idea?       dan    Sangat tak sesuai!!!. Itu adalah beberapa jawapan yang diberi kepada saya. Anda dan saya mungkin mempunyai pendapat sama mungkin juga tidak.  Pastinya saya sudah ada pengalaman dan sebab2 yang munasabah untuk menjelaskan  keupayaan LBM ini bagi menarik burung walit masuk ke bahagian dalam RBW atau sekadar drop by. Selamat berfikir

Monday, July 11, 2011

cicak gekko geckko

Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.

Penilaian kali II keatas BH Tauke Walet Kedah

Askum. hari ini lawatan penilaian unt kali ke2 bagi Bh bersaiz 20x50x3, open roof bersaiz 8x8 , orientasi timur- barat ( melintang matahari ), bersebelahan sungai besar , kawasan laluan manusia dan ketiggian jalan pada paras 12 kaki daripada ground floor. Prestasi kurang memberangsangkan  iaitu 10 -13 sarang dalam masa 18 bulan. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada prestasi hambar ini telah di kenal pasti dan tindakan telah di ambil seperti menebuk lubang burung masuk jenis window type, sekatan bagi mengurang  cahaya dalam external roving area dan menukar sound.  Kesan positif dapat dilihat pada hari ini berbanding 2 minggu lepas. Pada pandangan saya Bh ini masih lagi tidak competitive  kerana perkara asas yang paling penting tidak dapat di buat disebabkan melibatkan kos yg tinggi. Terdapat beberapa Bh yang akan dan sedang bersaing dengan Bh ini di kawasan berdekatan .Beberapa pengajaran besar yang diperolehi dalam lawatan dan penilaian kali ini . Apapun kita akan lihat prestasi dalam masa 2 hingga 3 bulan lagi. Semoga ALLAH menambah ilmu dan keberkatan berterusan untuk saya dan anda dalam memikat burung walit dengan lebih jitu.

Friday, July 8, 2011

Clockwise Or Anti-Clockwise

Askum. Perkara yang patut anda ambil kira untuk diri anda dan rumah burung walet anda. Persoalan yang berkaitan:
1. Apa yang anda tahu tentang clockwise n anticlockwise untuk burung walet.
2. Apakah kepentingan pengetahuan Anticlockwise n Clockwise berkaitan burung walet untuk anda.
3. Apakah kesan Anticlockwise n Clockwise keatas design rumah burung anda
Sekiranya anda tahu ke3tiga perkara diatas ia akan mengurangkan keresahan or stress diri anda apabila orang bercakap atau mengemukakan persoalan yang berkaitan atau menunjukkan kewibawaan anda seorang AHLI PERLADANGAN BURUNG WALET. Sekiranya anda belum jelas ttg anti n clkwse sila rujuk kepada pakar atau ikutilah kursus yang berkaitan dengan industri burung walet.Faktor diatas adalah diantara faktor penyumbang kepada kejayaan rumah burung walet saya d besut,bukit yong dan arau sebelum ini dan juga beberapa rbw d pasir puteh.   Walaupun rezeki hak ALLAH kita mesti berusaha bermati-matian untuk mendapat rezeki yang  ALLAH tentukan untuk kita. Mengharap rezeki semata mata tanpa usaha bermati- matian dalam perladangan burung walet akan memberi impak yang sangat buruk kepada rumah burung anda.

Monday, July 4, 2011

Salah satu projek RBW kos sederhana

ASkum. satu lgi projek RBW yang agak sukar untuk  tolak daripada mendapat khidmat nasihat saya kerana  tuan punya adalah kawan2.Kalau anda lihat pemasangan ventilation hole ini ada sedikit kecacatan.

Lantai hanya bergantung kepada nesting plank sebagai sokongan .Bagi jangka masa panjang masaalah besar akan berlaku
Walaupun berat terpaksa juga tolong kawan2. kalau saya duit pelaburan ini lebih baik simpan dalam ASB. Awas jangan ingat mudah memikat walit  buat masa ini. sekiranya anda kurang pengalaman lebih baik merujuk kepada yang pakar dalam bidang ini , banyak perkara perlu diketahui dahulu sebelum membina RBW.

Wednesday, June 29, 2011

Proses membuat Fake Nest


Selain daripada mendapat pendedahan awal tentang industri perladangan burung walet, kanak2 juga dapat membina kemahiran psikomotor.








INI adalah sebahagian kecil sarang tiruan yang biasa di buat oleh para waleter. Bagi meningkatkan keupayaan memikat walet bersarang lebih awal di RBW , saya memperbagaikan fake nests dan simple inovation dilakukan pada nesting plank, berdasarkan pengalaman dan teori yang sudah diuji.




Terdapat lebih daripada 10 jenis fake nests di hasilkan oleh wanzulswiftlet dan pelbagai inovasi dilakukan untuk RBW Pasir Puteh bagi menjadikan wanzulswiftlet terus competitive dalam industri yang sudah memberi pulangan yang sangat sangat LUMAYAN ini. Anda bila lagi?

Sunday, June 26, 2011

Lubang Burung Masuk ( LBM )

Askum. LBM seperti diatas saya  personally sangat tidak bersetuju kerana taste burung walet ketika ini sudah berubah jika dibanding 10 tahun yang lalu. Ini kali kedua saya melihat kegagalan LBM jenis ini dalam masa 10 bulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada anda serta dengan alasan anda sendiri untuk meneruskan design LBM seperti ini untuk RBW masing masing.Persepsi, pengalaman dan teori  berbeza diantara anda dengan saya. Selamat meneruskan perladangan burung walet.

Sunday, June 19, 2011

Pandangan atas ladang getah berumur 16 bulan

keadaan ladang getah dari tingkat satu RBW di pasir putih. Getah juga termasuk dalam bidang pertanian impak tinggi. Baka ini dikatakan terbaik diri siam dan cepat matang. Walaubagaimanapun saya terpaksa korban lebih kurang 15 pokok baru2 ini unt memberi laluan kepada RBW ini. sekiranya anda berminat saya sarankan guna baka ini kerana pertumbuhannya amat menakjukkan. Posting akan datang saya paparkan ladang getah baka siam ini yang sudah mengeluarkan hasil dalam masa lima 5 tahun

Friday, June 17, 2011

Kesan Inoculant 4 month Booster

inoculant yang disapu pada xilem untuk dijadikan kayu minyak sahaja. kaedah agak sesuai kerana petani tidak memerlukan masa yang agak lama untuk mendapat hasil, disamping menunggu teras dalam masa lebih kurang 2 tahun kalu ada rezeki dari ALLAH.
Anda perhatikan bagaimana pokok  di tebuk menggunakan kaedah spirall sehingga keatas mungkin.

Lubang yang ditebuk  perlu dimasukan straw untuk memudah inoculant sampai ke bahagian pulur pokok gaharu. Kaedah spirall agak rumit kerana perlu tebuk lubang sampai keatas.
Penebukan lubang pada pokok bermula sebawah mungkin sekiranya boleh gali dan tebuk akar pokok.

Saturday, June 11, 2011

Fluk (cacing ) dalam usus Lembu

masih teringin melakukan kerja lama ku, semasa d negeri sembilan membuat pemeriksaan kesihatan, post mortem bangkai haiwan dan apa saja yang berkaitan dgn binatang. Ini ialah cacing yang sangat biasa terdapat dlm usus lembu yg mana mereka dpt menyedut 1 liter atau lebih sehari dari sistem pengaliran darah ruminan. Orang kampung namakanya BIAR, sekiranya ada BIAR lembu tak gemuk,sahut penternak lembu. burung walet juga tidak terlepas drp gastro parasit tetapi amat rendah risikonya. 

lantai tingkat 1

askum. kekuatan bangunan 3 tingkat ini dapat menampung 2 tingkat lagi d masa hadapan, sekiranya rezeki melimpah ruah dari ALLAH.

LAL first Floor

Wednesday, May 4, 2011

BH pasir puteh sudah bermula



askum. hampir 8 bulan terkandas kerana faktor teknikal yang berkaitan dengan PBT dan CONTRACTOR akhirnya pada 24 april lepas majlis pecah tanah telah selamat diadakan.

UJIAN LOKASI

askum. kebanyakkan consultan atau individu yang agak mahir dalam industri ini menunjukkan skill masing- masing melalui ujian lokasi dengan memaparkan video yang menunjukkkan bilangan burung yang   banyak semasa ujian tersebut. Bagi yang baru dalam industri ini, keadaan sedemikian adalah menakjubkan. Sebenarnya  ujian lokasi boleh dilakukan oleh sesiapa saja termasuk anda dan kehadiran burung semasa ujian bergantung kepada bilangan burung yang ada di kawasan tersebut pada waktu tersebut. Perkara yang paling menakjub dalam perladangan burung walet ialah kemahiran individu memikat burung walet masuk, tidur dan bersarang minima 10 sarang dalam masa maksima 4 BULANdan dalam masa 6 BULAN mula menuai emas putih. Kisah ujian lokasi adalah perkara terpencil dalam pemburuan sarang burung walet selama saya terlibat dalam industri ini. Oleh itu janganlah terpegun dengan dengan bilangan burung yang banyak semasa ujian dibuat kerana itu adalah fenomena yang biasa biasa saja. wassalam  

Jabatan penjara sangat berminat dengan industri burung walit

DALAM NEGERI

ARKIB : 03/03/2011

Kursus burung walet di penjara



KUALA LUMPUR 2 Mac – Jabatan Penjara Malaysia sedang meneroka bidang penternakan burung walet sebagai salah satu kemahiran untuk dipelajari banduan dalam tahanan sebagai bekalan setelah dibebaskan kelak.
Melihat kepada potensi yang ada pada penternakan burung itu, jabatan itu percaya perusahaan burung walet mampu memberi pulangan lumayan kepada banduan yang boleh menyertai kursus menternak haiwan itu yang akan diadakan di penjara tidak lama lagi.
Timbalan Pengarah Vokasional dan Industri jabatan tersebut, Jamilah Abu Hassan (gambar) berkata, perancangan untuk melaksanakan kursus kemahiran itu di beberapa penjara terpilih di seluruh negara sedang diperincikan dan ia mungkin akan dilaksanakan tahun ini.
“Setakat ini, kami telah membuat ujian suara untuk mengetahui kehadiran burung walet di 10 buah penjara yang terdapat di negara ini.
“Hasil keputusan itu, kami mendapati kesemuanya positif dan kursus kemahiran itu mungkin akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang dekat sini, hari ini.
Tambah beliau, antara penjara yang dijangka akan dijadikan pusat kemahiran penternakan itu adalah Penjara Marang, Terengganu; Pokok Sena, Kedah; Sungai Buloh, Selangor serta ibu pejabat jabatan itu di Kajang.
Jamilah juga yakin, penternakan ini mampu memberi pulangan yang baik kepada setiap banduan yang mempelajarinya kerana permintaan semasa yang tinggi ketika ini.
“Menerusi kaedah yang akan diajarkan kepada para banduan, mereka mampu menjadi pengusaha burung walet secara kecil-kecilan dan jika mampu mereka boleh melakukannya dalam skala yang besar.
“Peluang ini sekali gus memberi pulangan pendapatan yang tinggi kepada banduan kerana permintaan untuk sarang burung walet sememangnya tinggi di negara ini,” katanya.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Jabatan Penjara Malaysia akan berkerjasama dengan Jabatan Veterinar serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melaksanakan kursus kemahiran tersebut.